S
SELEPAS 5 TAHUN
Dalam banyak2 catatan, aku rasa mungkin ini adalah antara catatan aku yang paling jujur. Setelah genap lima tahun meninggalkan alam persekolahan, sebenarnya ada banyak perkara yang menimbun dalam kepala otak aku selama ni. Cuma bila jumpa balik kawan2 lama, baru la teringat balik benda2 ni semua.
Tak sangka dah 5 tahun tinggalkan sekolah. Tak sangka kita semua survive 5 tahun kat sekolah ;p.
Lima tahun pasca sekolah banyak membuat aku berfikir. Betapa pun banyaknya kenangan pahit sepanjang lima tahun aku kat situ, sebenarnya lima tahun tu la yang aku rasa banyak mematangkan aku. Kalau tak kerana sekolah tu, mungkin aku bukan aku sekarang. Cara berfikir dan melihat kehidupan pun barangkali lain.
Kalaupun bukan mematangkan, setidak-tidaknya banyak mengenalkan aku tentang kehidupan, dan kawan-kawan. Ada benda2 yang aku tak faham masa dulu, tapi aku dah paham sekarang. Ada benda yang kita tak boleh terima dulu, tapi boleh terima sekarang. Ada benda2 yang kita rasa macam bes gile gempak dulu, tapi rasa macam bodoh gile sekarang.
Yang penting kita belajar dari kesilapan.
Tetapi selepas semua itu, aku makin sedar tentang banyak perkara. Dulu, masalah yang paling besar (pada pandangan aku la) untuk hidup di asrama, adalah warden. Perselisihan faham yang sangat besar antara warden dan pelajar. Sampai aku pernah cakap kat kawan aku, bila keluar nanti, aku nak tulis surat kat paper, pasal 'isu warden kat sekolah berasrama'. Haha. Akhirnya sampai sekarang aku tak buat pun. Sebenarnya aku rasa warden, dan cikgu2 patut jadi mak bapak untuk student. Bukannya musuh. Jurang usia yang lebih jauh sepatutnya jadi dasar pemikiran yang lebih matang. Bukan jadi dasar ego yang lebih tinggi.
Dulu, masa aku masih kat sekolah, aku ingat lagi, ada satu cerita kecoh bila akak2 senior yang dah lepas datang nak amik result SPM. Kecohnya? sebab diorang datang pakai tudung tiga segi dan ada yang pakai kain belah. Serta-merta diorang dipandang serong.
Aku ingat cerita tu sampai sekarang. Sebab cerita tu sentiasa mengingatkan aku supaya jangan prejudis. Sebab bila aku keluar sekolah aku jumpa macam-macam orang. Macam-macam latar belakang. Dan aku mula bukak minda dengan lebih luas. Aku jugak mula sedar yang 'memandang serong' takkan dapat mengubah apa2 atau sesiapa. Dan aku jugak mula faham, kalau melihat kesalahan orang boleh membuat kita nampak kesalahan dan kelemahan kita sendiri, itu sebenarnya adalah jauh lebih baik dari kita melihat kesalahan orang dan yang kita nampak cuma kesalahan orang tu semata2.
Aku ada seorang kawan yang boleh bercampur dengan orang daripada yang paling brutal sampaila yang paling alim, tanpa sebarang rasa kekok, tanpa sebarang prejudis. Tetapi dalam masa yang sama, dia adalah seorang yang sangat berpendirian dan tak pernah takut nak menyatakan pendirian dia sendiri pada masa yang sepatutnya. Aku respek dia untuk itu.
Aku jugak jumpa kawan-kawan yang dari sekolah agama yang lain, terutamanya sekolah private. Dan aku rasa tarbiyyah diorang jauh lebih hebat. Diorang sentiasa ditanam rasa prihatin terhadap isu2 global umat Islam, cam Palestin, pastu isu2 tempatan dan antarabangsa. Lepas sekolah diorang sudah ada network yang bergiat dalam macam-macam aktiviti ke arah kebaikan dan kepentingan masyarakat Islam. Kalau nak tau jauh bezanya sistem sekolah biasa ngan sistem sekolah diorang, kawan aku ni pernah cerita yang bila form 4 dia pindah SMKA sekejap, dan dia culture shock. Salah satu sebabnya adalah bila dia tengok semua orang bising waktu pengetua tengah bercakap kat perhimpunan. Pertama kali aku dengar, aku ketawa bagai nak rak. Aku cakap kat dia, kalau kau pergi sekolah aku, agaknya kau dah culture shock 2,3,4 kali ganda!
[cuma mungkin, kalau nak dijadikan alasan, membimbing dan membentuk pelajar sekolah agama private lebih mudah sebab kuantiti jauh lebih sikit. purata kelas untuk setiap tingkatan mungkin dalam 2-3 kelas sahaja. ]
Tapi sebenarnya, bila aku fikirkan balik, kalau macam tulah perbandingannya, sebenarnya apa erti perkataan AGAMA pada nama sekolah aku? Sembahyang jemaah wajib untuk Maghrib dan Isya' sahaja, baca ma'thurat pun wajib untuk f1 dan f2 sahaja, tazkirah dan qiyamullail pun biasanya begitu juga, beri salam wajib hanya dari junior ke senior dan jadi seolah-olah satu lambang kuasa, minggu silaturahim jadi medan membuli dan memalukan budak2 baru, student ngumpat cikgu, cikgu ngumpat student, rekod disiplin berjela2...mana roh Islamnya?
Satu sistem tarbiyyah sudah jadi satu sistem kuasa. Bila kau kecik kau kena ikut semua. Bila kau besar sikit kau boleh buli yang kecik. Bila kau lagi besar kau boleh buli yang kecik dan yang sederhana besar. Bila kau paling besar kau boleh buli semua orang dan mereka hanya boleh menyimpan niat untuk buli anak kau suatu hari nanti.
Dulu kalau orang tanya aku, apa bezanya sekolah agama dengan sekolah biasa, secara directnya aku akan jawab, bezanya sebab bahasa arab subjek wajib untuk semua. kalau sekarang mungkin aku akan tambah, sebab pelajar perempuan kena pakai tudung labuh.
Mungkin sekarang banyak benda dah berubah. Aku harap banyak benda dah berubah.
Sebenarnya, aku bukan nak merendah-rendahkan sekolah agama. Aku sedar, kalau aku duduk kat negara lain, Perancis misalnya, jangan kata sekolah agama, kebebasan mengamalkan agama pun tak ada. Apa yang aku nak cakap adalah banyaknya kepincangan yang tak sepatutnya berlaku tetapi sayangnya dah berakar umbi dalam sistem sesebuah sekolah tu. Sedangkan sekolah la tempat yang paling penting nak mendidik anak-anak umat Islam. Itulah tempoh yang paling penting untuk mula menerapkan semangat dan roh Islam.
Kekerasan bukan penentu kekuatan. Yang penting adalah kewarasan.
Aku rasa banyak benda perlu dikaji dan dinilai semula. Kalau boleh, letakkanlah pentadbiran sekolah di tangan seorang yang berwibawa. Ada semangat,kekuatan dan kebijaksanaan-ciri-ciri seorang pemimpin. Ini dalam konteks sekolah je la. Konteks yang kecik, tapi signifikan. Sebab nak mendidik dan mengawal beratus-ratus remaja yang sedang membesar bukan kerja senang.
Setiap dasar dan peraturan kena diteliti. Rasionalnya, kesesuaiannya, kebolehpelaksanaannya, dinamiknya, semua kena diambilkira. Dan kena diterangkan kewajarannya kepada pelajar. Kalau timbul rasa tidak puas hati kemudiannya, masalah tu akan lebih mudah diatasi.
Proses menerapkan nilai-nilai agama tu pun kalau boleh dibuat di semua peringkat. bukan untuk yang 'bawahan' je. dari cikgu2, pemimpin2 pelajar, pelajar malah kalau boleh sampai makcik cleaner ngan makcik dewan makan sekali.
Sebab tu ustaz-ustazah yang berpendidikan agama terutamanya kena pandai berdiplomasi-mahir cara2 nak menangani proses ni dan sesuaikan method dengan target. Buang peraturan2 yang membezakan antara batch2 (kecuali mana2 yang betul2 relevan)...
Student? pandai2 la ikut peraturan;). Remaja bukan lesen untuk buat sesuka hati. Setiap orang ada tanggungjawab untuk mendidik diri.
p/s: sebenarnya aku tak tau kenapa boleh tersasar sampai jauh macam ni. asalnya aku nak tulis lain sikit. tetibe rasa cam orang kementerian pendidikan nyer statement lak.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home