Sunday, March 04, 2007

BMW SHORTIES

http://www.bmwshorties.com.my/index2.htm

Monday, July 24, 2006




GOBLOG: BUKANLAH RAHSIA

Buku pertama yang bakal diterbitkan oleh penggiat d.i.y(do-it-yourself) independent community, menampilkan koleksi tulisan peribadi tiga belas anak muda:

Kumprinx http://kumprinx.com

Zaza http://apokobondo.blogspot.com

Keju http://documentationofmind.blogspot.com

Pika http://www.forbidden_gerden.blogspot.com

Izwan http://hatibusuk.blogspot.com

Fahmi http://www.fakapunch.blogspot.com

JR http://www.akubudakbiadap.blogspot.com

Dhani http://bilik.blogspot.com

Lokman http://www.sheinitalic.blogspot.com

Zaki Starz http://zaxxx.tblog.com/

Aiya http://chempakabiru.blogspot.com/

Zulfikar http://www.zulfikarsamsuri.blogspot.com

Pipi http://www.hilangpunca.blogspot.com


PELANCARAN RASMI GOBLOG:
Ahad, 13 Ogos 2006, TITAN CLUB, Kuala Lumpur. (maklumat lanjut)

p/s: Tempahan akan dibuka tidak lama lagi:)

Saturday, May 27, 2006

KELIRU

Ini adalah satu pertanyaan yang jujur.

Aku tak faham dengan masalah lambakan guru dan juga kekurangan guru yang kritikal dalam masa yang sama. Tak adakah sistem yang memerlukan pengetua atau pentadbir-pentadbir sekolah menghantar report pada kementerian tentang keperluan, kuantiti dan nisbah guru-guru dengan murid-murid setiap tahun, supaya penempatan guru-guru (graduan pendidikan), dan juga penawar ni boleh diselaraskan dengan keperluan seluruh negara?

Thursday, April 20, 2006

AMBULANS

Masa kecik2 orang panggil aku "zaza ambulans".

Nak tau kenapa?

Sebabnya masa kecik (umur aku dalam 5-6 tahun), aku ada beskal roda tiga warna merah. Belakang dia ada seat penumpang. Masa tu kitorang dok kuarters kat ipoh. Jadi tetiap petang, bila main ngan anak-anak lecturer yang lain, kalau ada sesiapa yang tercedera, mesti aku yang akan bawak budak tu, kayuh beskal roda tiga tu dan hantar dia balik rumah dia.

Sampai la taktau sape yang bagi nama tu kat aku. Haha.


Apa pula gelaran masa kecik anda?

p/s: Aku pun tak ingat cerita ni sebenarnya. Mak aku yg bagitau:)

AKAN DATANG

http://goblog2006.blogdrive.com

Friday, March 24, 2006

FINAL

Kawan-kawan dan para pengunjung yang dihormati :) ,

Untuk makluman, blog ini akan direhatkan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada final exam yang akan berlangsung mulai esok sehingga 9.4.2006.

So, kalau ada komen2 yg tak berjawab, mintak maap byk2 ye!:D

p/s: Wish me luck..final sem tuu..

(huda, bes la ko..dok sane takyah amik xm. huhu.)

Sunday, March 19, 2006

UNTITLED (2)
(kerana tiba-tiba aku sudah penat menjadi serius :D)


Rasa ini bukan dipinta
Entahkan benar entahkan dusta
Mungkinkah jujur hanya di mata
Atau memang sebenar cinta

Dalam sukma ada getaran
Hendak disimpan menghimpun beban
Andai diluah terasa segan
Dapatkah angin mengirim pesan?

-zaza


(tolong, jangan kata aku jiwang. Ini hanya idea spontan yang timbul sewaktu bertukar-tukar puisi dengan kawan-kawan:) )

Wednesday, March 15, 2006

http://jurnal.biz/juring

Friday, March 10, 2006

RESPEK

Pada aku, kalau kita memberi kritikan, atau pendapat menentang pandangan seseorang tu, tak kiralah sama ada dia lebih tua atau lebih muda daripada kita, sebenarnya bukanlah bermaksud kita tak hormat pada dia.

Sebaliknya, sebab kita hormatlah kita kritik dia. Sebab kita yakin dia sudah cukup matang untuk menerima kritikan. Dan sebab kita yakin yang dia mampu menjawab kritikan tersebut.

Dan yang paling penting, sebab kita tahu yang dia tak akan menganggap kritikan tu sebagai serangan peribadi untuk menjatuhkan nilai dirinya, tetapi satu penghormatan, bahawa pandangan dan pendiriannya diiktiraf oleh orang lain.

Monday, March 06, 2006

MAN & WOMAN

Baru-baru ni aku tengok Melodi. Bila tengok Fara Fauzana berceloteh, serta-merta aku teringat Pancaindera yang aku baca beberapa minggu lepas (dia jadi cover). Dalam tu, wartawan tanya dia, kenapa dia berhijrah dari radio Era ke Hot.fm? Tak takut ke orang kata tak kenang jasa?

Terus je muka dia berubah. Sedih. Sebak bila dengar soalan tu. Lepas tu dia jawab, (lebih kurang laa..) "Saya sedar Era banyak menaikkan nama saya. Tapi ini soal kita hendak maju ke depan. Soal apa yang kita mahu dalam hidup." Sambil sapu-sapu air mata takut mengalir.

Aku pun angguk-angguk sendiri. Aku rasa aku boleh faham la kenapa dia sedih (ceewahh:P).

Tak lama lepas tu, aku terbaca pulak interview dengan Wan Kamarudin (ingat Edisi Siasat?"Apa kejadahnya semua ni?"). Sekarang dia dah masuk RTM. Buat rancangan 'Bongkar' pulak.

Sama jugak, wartawan tanya dia, kenapa tinggalkan NTV7?

Terus je dia jawab, "Kita hidup kena pandang ke depan. Tak perlu ungkit-ungkit benda yang dah lepas." Dengan tegasnya.

Wow, aku terfikir. Betapa berbezanya lelaki dengan perempuan.