Thursday, June 02, 2005

Aku tak faham kenapa banyak teknik-teknik pembelajaran yang baru dan boleh membantu seseorang pelajar belajar dengan lebih berkesan tak dikaji lebih mendalam dan dipraktikkan secara meluas di sekolah macam human calculator, mental arithmetic, kaedah mokhdar (semua ni untuk subjek matematik). Kemudian ada beberapa buah buku lagi yang aku baca yang memperkenalkan teknik-teknik menguatkan memori dan sebagainya yang boleh meningkatkan penggunaan sel-sel otak secara optimum. Adakah sebab teknik-teknik ni semua tak praktikal? Dari semasa ke semasa banyak kajian yang berkaitan penguasaan minda macam ni tapi tak dimanfaatkan sepenuhnya. Sedangkan dah banyak kali kita dengar orang bercakap tentang penguasaan matematik dan sains yang lemah terutamanya di kalangan pelajar melayu. Sampai akhirnya bahasa perantaraan untuk P&P kedua-dua subjek ni ditukar kepada bahasa Inggeris dengan tujuan nak mengatasi masalah penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar. Langkah yang aku rasa kurang logik.

Aku rasa kementerian patut wujudkan satu lagi subjek di sekolah. Subjek teknik-teknik belajar. Mungkin tak perlu reform semula sistem yang sedia ada, macam teknik kira-kira bentuk lazim untuk matematik yang digunapakai dari dulu sampai sekarang, sebab aku rasa itu asas kefahaman. Macam teknik Iqra’ untuk mula belajar mengaji, dikatakan lebih cepat berkesan berbanding kaedah asal, bermula dari kenal muqaddam. Tapi mak aku kata budak yang start belajar dengan Iqra’ sahaja biasanya asas dia tak berapa kuat. Kena start dengan cara biasa jugak. Maksud aku kat sini, teknik-teknik pembelajaran yang baru tu adalah untuk mengembangkan minda, yang penting asasnya adalah pemahaman.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home