Innalillahiwainnailaihiraji'un...
INNALLILLAHIWAINNAILAIHIRAAJI'UN...
Masih terdengar jeritan isteri
Oleh Hasnira Hassan
MELAKA: Jeritan isterinya ketika diseret kenderaan pacuan empat roda sejauh 20 meter berhampiran Stadium Darulmakmur, Kuantan, kelmarin, masih terbayang dalam ingatan Md Nasir Mamat, 52.
“Saya fobia lalu di jalan itu. Tapi, itulah laluan saya setiap hari,” katanya ketika ditemui di Serkam dekat sini, semalam, sehari selepas kejadian berkenaan.
TRAUMA: Md Nasir tidak dapat menerima hakikat isterinya maut dilanggar kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, Md Nasir hanya sempat mendengar jeritan `bang....' sebelum melihat isterinya, Kamsiah Anuar, 54, diseret kenderaan pacuan empat roda kira-kira 20 meter, melalui cermin pandang belakang keretanya. Sebelum itu, pasangan berkenaan baru selesai membeli barang di pasar tani berhampiran stadium itu.
Jenazah Allahyarham Kamsiah dibawa pulang ke kampungnya di Serkam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Serkam Pantai selepas solat Maghrib, kelmarin.Allahyarham turut meninggalkan lima anak, Norsyawariza, 26; Norsyaliena, 22; Md Norhaliq, 20; Nor Syazwani, 16 dan Md Norhafiq, 11.
Md Nasir, Pengurus Besar Pentadbiran dan Sumber Manusia Polyplastics Asia Pacific Sdn Bhd di Kuantan, redha dengan pemergian isterinya, tetapi kesal kecuaian orang lain menyebabkan beliau sekeluarga kehilangan orang yang disayangi.“Tolong ambil tindakan tegas terhadap pesalah jalan raya seperti ini," katanya yang masih sugul.
Sementara itu, anak keduanya, Norsyaliena, 22, yang menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, Mac lalu, terkilan kerana ibunya tidak dapat bersama meraikan konvokesyennya, bulan depan.“Memang saya tunggu emak untuk konvo. Tetapi sekarang dia tak sempat tengok kejayaan saya."
“Kami semua rapat dengan emak. Dia memang ibu yang hebat terutama dari segi kesabarannya. Saya berharap dapat kerja... cari duit... saya ingin belikan emak hadiah.“Jangan biarkan pesalah lepas. Biar ia dijadikan pengajaran kepada semua. Sekarang banyak kes kemalangan yang membabitkan pejalan kaki, tetapi semua tidak diambil sebagai pengajaran,” katanya.
She's my friend, Syal. A very close one during high school. Even though we've hardly been in touch since we left school, but the spirit of friendship remains. I read the news that day, but I guess the one that I read didn't mention about her kids, so I didn't realize she was her mother. I have no words, none that could change anything, but I am shocked, and sad for her.
May Allah bless her, and the whole family as well.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home