Thursday, August 25, 2005

BUKAN SOAL MAWI

Mawi dah menang. Malah dia sebenarnya dah menang sebelum konsert akhir lagi. Sampai aku percaya, kalau dia tak jadi juara, tentu ramai peminat AF yang mengamuk.

Tapi walaupun AF dah habis, fenomena Mawi masih tak habis-habis. Sebelum aku bercakap
lebih lanjut, aku nak clearkan beberapa perkara.

Satu, aku bukan peminat Mawi, dan aku tertarik kepada isu ni bukan sebab Mawi, tapi sebab aku tertarik dengan pelbagai pandangan pro dan kontra terhadap Mawi, dan kebanyakannya menyentuh dari segi agama.

Dua, aku tengok AF, walaupun bukan peminat setia. Sebab aku peminat seni, dan aku
beranggapan menyanyi dan muzik itu adalah seni. Dan sebarang bentuk seni itu pada asasnya adalah harus. Kalau ada unsur-unsur yang mencemarkan konsep kesenian dalam nyanyian dan lagu itu, yang sepatutnya tak perlu ada, itu satu soal yang lain.

Kat bawah ni adalah satu respon aku terhadap satu siri perbincangan yang panjang lebar, asalnya tentang isu Mawi. Rasa macam tak adil kalau tak letak respon orang lain, takut tak nampak konteks perbincangan. Jadi aku cuma petik sikit je-nak letak semua banyak sangat. Cuma, kalau korang baca apa yang aku tulis, aku harap boleh set awal-awal dalam kepala, apa yang aku nak tekankan adalah, ini bukan soal Mawi.

RESPON 1

assalamualaikum.. buat sahabat2 seagama yg dikasihisekalian...memang kita bukanlah allah utk menghukumsesama manusia..tetapi ingatlah itulah hakikatkejadian kita..ingat memperingati sesama manusia ygseagama...bg umat zaman ini tiada yg lebih pentingselain drpd kembali ke jalan allah..petunjuk yg hanyaada dlm quran..btp kita sebenarnya lalai..keranmencmpur adukkan yg haq dan bathil dimuka bumiini..brp ramai yg sedar ttg ini sahabat2 yg sykasihi...

RESPON 2

tanggungjawab umat Islam adalah menyeru kepadakebaikan dan mencegah kemungkaran. akhir2 ini umatIslam semakin keliru, mencampurkan hak & batil. taktau mana satu role model, mana satu gaya hidup yg patut diikut. semakin confuse umat zaman ini sehinggakan ada'ustaz'@ 'bilal'@ 'qari' boleh join program maksiat,dgn alasan utk berdakwah.

ustaz saya pernah mengatakan pada 1997 dulu, katanya,tak mustahil pada masa akan datang, akan ada satukonsert nyanyian dgn tujuan dakwah, dimulakan dgn alfatihah & ditutup dgn tasbih kaffarah. apakah saat itu semakin hampir..??asalkan tujuannya utk berdakwah, biarlah si ustaz@bilal@qari berjoget dgn wanita, tapi niatnya ikhlas utk menyeru kepada kebaikan. janji solat,puasatak tinggal. inilah gaya hidup akhir zaman yg akan tiba dalam masyarakat kita..seandainya kita terus mengamalkan sindrom 'tak apalah..' 'siapalah kita utkmenghukum orang' atau 'kita tak berhak menghukum', maka tunggulah saat ini tiba.

jgn biarkan hati kita ada walau sepicing pun rasa redha dgn keadaan ini. saya teringat pesan Us. ismail kamus, katanya, selemah-lemah iman adalah detik dalamhati bahawa kita tidak redha dgn sesuatu maksiat. jadi kalau kita redha walaupun sedikit, agak2nya setakat manalah iman kita??semoga Allah swt memberi hidayahNya kepada kitasemua..wallahu a'lam.

RESPON aku

Saya fikir ada salah faham kat sini. bila kita kata, 'jangan cepat menghukum', bukan bermaksud 'tak apa'.

Satu, soal menghukum. Kita tak tau niat orang. apa yang zahir, kita nampak, tapi bukan yang batin. yang kita tolak adalah amalan yang salah. hukum-hakam memang dah tetap, tapi hukum tu adalah ke atas amalan tu. haram atau halal, berdosa ataupun tidak.kedudukan 'pesalah' tu kat sisi tuhan kita tak tahu. lainlah macam orang-orang yang memang disebut sbg laknatullah. pernah dengar cerita sorang pemuda yang dijamin masuk syurga, lepas tu ada sorang yang lain saya tak pasti sahabat ataupun bukan, cuba nak tengok hebat sangatkah amalan pemuda ni. dia tak solat sepanjang malam, puasa sepanjang hari dsb, tapi tiap2 malam dia akan bangun dari tidur,sebut 'Ya Allah" 3 kali, dan lepas tu tidur semula. maksud nya kat sini,dia masuk syurga sebab takwanya.

Lagi satu cerita, kat akhirat nanti, ada sorang abid. memang banyak beramal soleh. tapi bila Allah tanya, mana lebih besar, amal soleh dia ke, rahmat Tuhan? Dia kata rahmat Allah. Amal soleh yang banyak tak menjamin dia masuk syurga, tapi yang penting Allah merahmati ke tak segala amalan soleh dia tu. point nya kat sini, amalan kita cuma perkara zahir je, yang penting ikhlas dan takwa. mintak maaf takde authority yang kukuh.

Setiap kali kita nak mengukur kejahatan orang, tanya satu soalan je katdiri sendiri. "adakah kita yakin yang kita ni adalah seorang Islam yang lebih baik dari dia?" Macam kata cikgu rasyid, sebut maksiat tu secara general je.

Tegur, bukan tuduh.

Dua, soal pendekatan. Amar maaruf nahi mungkar. Kat sinila kita amik isu kat atas tadi, terjemahkan kepada sesuatu yang positif. Hadis Nabi SAW, kita kena cegah maksiat dengan tangan. kemudian mulut.kemudian hati-inilah selemah-lemah iman. Yang penting macamana kita nak applykan hadis ni dalam konteks sekarang.

Taknak menghukum bukan maksud redha, tapi sebaliknya. Betul, kitakena ingat-memperingati, tapi cara dan pendekatan tu penting.Berdakwah pun kena dengan hikmah. kalau tidak kita takut dakwah tu tak sampai. pendakwah tak boleh sekadar cakap je, tapi kena banyak berfikir kalau ikhlas nak buat perubahan.

Bezakan, bila kita nampak sorang buat maksiat, kita pergi cerita kat orang lain " apela si A ni..dia tak tau ke dosa semua tu...nama je anakImam...bla3..."

Dengan, kita tanya "kenapa dia buat macam tu? boleh tak kita buat apa2 yangboleh sedarkan dia dan bawak dia balik ke pangkal jalan?"

Setiap kali kita nampak kemungkaran, kena tanya diri kita, "ok, apa yang aku boleh buat untuk ubah keadaan ni? barulah boleh kata mencegah kemungkaran dengan tangan." zaman dah maju, macam2 kemudahan kita ada. Tak cukup sekadar cakap, 'Si A bla3...si B bla3..' dan kemudian gunakan alasan yang 'mengumpat sebagai pengajaran'.

Sepatutnya kita kasihan dengan dia. Sekurang-kurangnya tegur secara direct. Mencegah kemungkaran dengan mulut. Dan kalau nak dijadikan pengajaran pun, kita bertanggungjawab menutup keaiban dia. Tak perlu sebut secara spesifik.

Kita kena tengok isu ni secara global. bukan masalah baik tidaknya sorang individu je. ini masalah masyarakat, jadi tak cukup kita nak betulkan atau berdebat tentang sorang individu je. Betul, kita umat akhir zaman yang confuse, sebab tu kita kadang-kadang tersilap langkah. Dan sebab tu jugakla, kita kena sama-sama betulkan sesape yang tersalah jalan ni. Saya selalu fikir, beruntung betul siapa yang sempat hidup masa zaman Rasulullah SAW masih ada. Ada pemimpin dan sumber rujukan yang betul2 jelas.

Macam sekarang, pasal ajaran sesat macam-macam. Kalau kita nak berfikir, mesti kita perasan yang semua ni menunjukkan yang betapa kelirunya orang Islam sekarang, tapi fitrahnya tetap nak mencari kebaikan dan kebenaran. Kalau tak takkan Ayah Pin ada macam-macamgolongan pengikut. Cuma orang-orang yang nak mencari ilmu ni akhirnya tersalah pilih guru. sebab tu usaha dakwah (dakwah ni pun berat bunyinya...)ni kena berterusan.Last sekali, ini semua semata-mata pendapat saya je..kalau salah tlg betulkan.xde niat nak tujukan kat sesapa..n harap takde yang amikpersonal.ok, terima kasih..




Dengan segala rendah diri, apa yang aku tulis ni berdasarkan kefahaman dan pemerhatian sendiri, dari dulu lagi. Mungkin ada yang tak setuju. Komen adalah dialu-alukan.

p/s: sampai hari ni perbincangan ni belum habis sebenarnya. tapi aku kesal, satu peluang bertukar-tukar fikiran dan mencari penyelesaian kemudiannya jadi tempat tuduh-menuduh dan serangan peribadi. aku cukup kesal.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home