TERKENAL
Hari tu dua orang anak buah aku duduk kat rumah kitorang dekat 3 minggu. Tak ikut mak diorang balik JB lepas raya sebab nak mengaji. Kak Long aku busy nak final exam untuk KPLI.
Pastu minggu lepas ada marhaban kat rumah aku (kat Johor, aktiviti marhaban masih ada tiap2 tahun). Mak aku rebus kacang kuda ngan buat bubur pulut hitam. Pastu anak buah aku ni (yg adik, kitorang panggil kak nor) amik satu mangkuk, dok depan tv. tengok tv sambil kopek2 kulit kacang tu. (padahal tak payah kopek pun, makan je la).
Bila orang dah balik, aku pun nak kemas la. Tengok kulit kacang tu bersepah depan tv. Saja je aku sergah anak buah aku yg first tu (kitorang panggil abang), "Ha, sape kopek kulit kacang bersepah2 kat depan tv ni? Abang eh?"
Abang jawab (dengan muka selambanya), "Eh, mana ada..tu ha, Kak nor tu.. pengopek kacang yang terkenal."
Ha ha..Terkenal?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home