MASTIKA
Kalau sesiapa perasan, sekarang majalah yang paling 'hangat' kat pasaran, bukan URTV, bukan FHM, bukan Mangga, tapi Mastika. Tiap-tiap bulan sejak kebelakangan ni, akan ada laporan eksklusif-sarang-sarang maksiat kat Malaysia ni. Lubuk Tupah, Taman Tasik Permaisuri, daripada tempat budak laki pompuan sampai tempat gay.
Awal-awal dulu aku tak tau apa reaksi yang sepatutnya untuk Mastika. Aku masih lagi kurang yakin bila Mastika buat isu-isu sensasi macam ni sebagai bahan utama-betul-betul nak membanteras ke, atau sekadar strategi pemasaran? Sebabnya masa aku kat sekolah dulu, Mastika pernah buat liputan pasal golongan pondan. Yang kurang sedap tu, sebab liputan hanya sekadar liputan. Pendedahan tentang kehidupan diorang, pengakuan, macamana diorang buat pembedahan dsb, tapi tak ada penjelasan yang sepatutnya untuk pembaca tentang kegiatan-kegiatan macam ni.
Sama jugak macam majalah-majalah yang seakan-akan Mastika, macam Wawancara, Intisari. Memang banyak pendedahan kisah gelap masyarakat, tapi sebab banyak cerita tu berunsurkan seks, ditambah pulak dengan gambar cover depan, dah jadi macam majalah lucah pulak aku tengok. Tak tau la sama ada majalah-majalah macam ni dapat serve the purpose-memberi pengajaran atau tak.
Kakak aku kata "Tah pape la mastika ni, setakat dedahkan je buat apa. Tak ada cadangan pembaikan". Aku diam je. Sebelum tu aku pun ada fikiran yang sama, tapi sekarang ni aku dah melihat benda ni dari sisi yang lain.
Bila aku baca yang Mastika sekarang bersungguh-sungguh bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam (JAWI contohnya), aku dah mula pro terhadap benda ni. Bila aku baca pulak yang ada kisah-kisah orang yang terjebak dengan benda-benda tu insaf lepas baca laporan Mastika, baru aku sedar, manusia memang dijadikan Tuhan lain-lain, sama ada berlainan latar belakang, atau berlainan bentuk ujian dan godaan. Untuk orang yang tak pernah terlibat, boleh jadi akan rasa marah dan terkejut. Untuk orang yang tak pernah terlibat tapi dah biasa dengar, mungkin akan kata , "Hm, biasala tu." Tapi yang kita tak sedar, ada orang yang terlibat, sebab leka dan kalah dengan godaan, akan menerima tamparan hebat dengan laporan-laporan macam ni. Mungkin ini la target Mastika. Dan mungkin dengan cara ni Mastika boleh membawa perubahan, walaupun sedikit, berbanding dengan kita yang kadang-kadang tahu mengkritik sahaja.
Selebihnya, aku rasa Mastika bertujuan supaya orang ramai sedar, pentingnya kita tau dan 'alert' tentang merebaknya gejala macam ni. Satu, supaya yang tak terlibat jangan sesekali gatal-gatal nak cuba. Aku pernah terbaca, sebab tu Allah berfirman,
"Dan janganlah kamu mendekati zina..".
Kat sini, bukan zina tu je yang haram, mendekati zina tu pun dah kira haram, macam berkhalwat. Sebab tu kita tak boleh kata khalwat tu tak ade dalam hukum Islam.
Dua, nak tegaskan pentingnya kerjasama masyarakat terutamanya umat Islam membanteras benda ni. Amar maaruf nahi mungkar.
Latest issue, aku baca wartawan Mastika dah mula terima macam-macam ugutan supaya jangan teruskan buat liputan macam ni. Semoga niat yang baik akan dilindungi-Nya.
p/s: sebut pasal gay ni, takleh lupa aku tengok cerita Bukak Api karya Osman Ali. Cerita tentang golongan mak nyah dan menang anugerah festival antarabangsa. Tapi cerita ni, target dia bukan nak kata jangan jadi mak nyah, tapi target dia nak mengajar cara mencegah Aids di kalangan mak nyah-dan pelacur. Kalau tanya aku, aku nasihatkan tak yah la tengok. Haha. Bak kata kawan aku, "Sekarang baru aku faham apa makna 'disturbing'.."
0 Comments:
Post a Comment
<< Home