Tuesday, December 06, 2005

SELIPAR

Memang betul cakap kakak aku semalam. Selipar tu telah menyebabkan aku ditegur pada hari ini. Tapi bukan oleh lecturer, staf mahupun pak guard.

"Zaza, ko pakai selipar toilet ke?" kata kawan-kawan aku sambil tergelak-gelak.

Cis. Dan cis lagi. Ini emergency la..hampeh betul.

Hajat hati petang tu jugak aku nak keluar beli sandal baru. Tetapi oleh kerana faktor masa, dan faktor takde geng untuk keluar hari ni, terpaksa aku tangguhkan hajat itu.

Nampaknya sehari lagi aku terpaksa berdepan dengan teguran-teguran macam ni.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home