Thursday, December 01, 2005

FILEM NASIONAL

Akhir-akhir ni kat paper banyak percanggahan pasal isu filem nasional (sebenarnya kalau nak diikutkan antara 2 orang je, tapi berlanjutan), sama ada patutkah filem nasional didefinisikan semula, tak lagi terhad kepada filem yang menggunakan bahasa melayu sahaja?

Secara kasar, aku lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan definisi filem nasional patut diperluaskan. Pendapat peribadi. Cuma aku perasan, pihak yang berpendapat filem nasional patut kekal dengan bahasa melayu nampak begitu bersemangat dan emosi. Mungkin semangat patriotisme dan nasionalismenya begitu tinggi dan tercabar sekali dengan cadangan macam tu.

Tapi bukanlah bermakna pihak yang buat cadangan tu tak patriotik atau dah tak ada jatidiri. Aku rasa masalahnya timbul bila satu pihak melihat perkara ni dari sudut praktikaliti dan satu pihak lagi melihat dari sudut idealisme.

Aku ada beberapa soalan untuk pihak yang kedua ni:

1. Apa sebenarnya tujuan melabelkan filem itu nasional ataupun tidak?

2. Kalau sesebuah filem tu dilabelkan bukan filem nasional, ada bezakah sebenarnya?Ada kesan ke?

Kalau tak silap aku, cadangan ni timbul bila independent filmmakers macam James Lee dan sebagainya yang banyak dapat anugerah kat negara luar sukar nak mendapatkan sokongan dari kerajaan sebab filem-filem diorang bukan dikira filem nasional. Sedangkan diorang ke festival-festival antarabangsa tu pun atas nama Malaysia jugak. Tu sebab ada orang sarankan supaya kerja-kerja diorang ni diiktiraf.

2. Andaikata filem nasional bukan lagi berteraskan bahasa melayu, adakah jatidiri kita akan terhakis?

Kalau tengok filem Sepet, watak Orked bila berbicara dengan Jason atau dengan kawan baik dia hampir 90% dalam bahasa inggeris. Tapi hampir setiap masa jugak dia berbaju kurung (walaupun dia seksi akhir-akhir cerita). Ironi, kan?

3. Kalau tengok sekarang, biasanya bila kita sebut pakaian rasmi, orang akan pakai kemeja, pakai kot. Baju melayu untuk majlis-majlis tertentu sahaja. Sedangkan dulu tok nenek kita pantang tengok orang pakai baju macam tu. Baju penjajah, katanya. Adakah ini bermaksud jatidiri kita memang sudah terhakis?

Mungkin kerajaan patut address isu-isu yang berkaitan pasal filem-filem yang 'bukan nasional' ni, dari segi kesukaran dan masalah-masalah yang diorang hadapi. Itu yang penting. Mungkin dengan tu tak timbul soal definisi atau jatidiri.

p/s: Walaupun persoalan jatidiri dan bangsa ni selalu menarik perhatian aku, kadang-kadang aku rasa persoalan ni tak penting sebenarnya. Kalau kau nak maju, majulah sebagai orang Melayu, Cina, India atau Bugis sekalipun. Budaya bangsa ni boleh jadi tempat berpijak, tapi biarlah satu-satunya yang jadi tempat kita berpegang teguh adalah agama. Aku rasa terganggu kalau ada orang tulis kat suratkhabar komplen, contohnya artis tu artis ni berpakaian @ berkelakuan tak menepati adat budaya sebagai seorang melayu. Kenapa tak terus je kata dah menyalahi ajaran Islam?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home