UNTITLED
(penat aku fikir tajuk, tapi tak tau apa yang paling sesuai)
"It takes a lot of hate to hurt someone you love. It takes a lot of love to hate that much."
"Smart people will always be able to learn even from the silliest things."
"The more you know, the less you talk."
-zaza
Aku fikir blog sebenarnya adalah respon penulisnya kepada persekitaran. Satu luahan minda, atau perasaan. Kadang-kadang ada sesetengah blog isinya luahan minda sahaja, dan kita boleh dapat idea. Ada sesetengah blog isinya luahan perasaan sahaja, dan kita boleh dapat 'jiwa'.
Akhir-akhir ini, aku cukup gemar meneroka blog orang. Blog sekarang sudah menjadi antara sumber bacaan yang paling utama untuk aku, dan paling konsisten. Suratkhabar pun, di UIA ni, hanya kadang-kadang sahaja aku baca-bila ada kerajinan untuk ke library, ada kesempatan untuk ke bilik tv, atau bila ada kewangan untuk membeli.
Benarlah kata orang, blog/weblog suatu masa nanti akan menjadi media yang boleh mengalahkan media arus perdana. Keterbukaan yang mengagumkan- sering sahaja aku dirangsang untuk berfikir, dan sekaligus menulis, cuma fikiran-fikiran dan idea-idea itu belum disusun sewajarnya. Banyak yang nak aku komen, tapi aku fikir seeloknya aku faham betul-betul setiap isu dan perkara, sebelum membuat kesimpulan.
Dulu, aku penyokong nasionalisme-sebab aku asaskan nasionalisme kepada rasa cintakan dan ingin memajukan bangsa. Tapi selepas beberapa perbincangan, dan bertukar fikiran dengan kawan-kawan, dan seorang kawan aku bagi satu risalah, perspektif aku berubah sedikit. Tak lama lepas tu, aku terbaca satu artikel dari pakdi tentang nasionalisme-Jawa. Aku tersenyum sendiri. (sure pakdi bangga kalau dia tau)
Perspektif aku terus berubah.
Kemudian, aku jugak penentang hak istimewa orang Melayu. Bukanlah penentang yang ekstrim, tapi aku tak setuju. Aku rasa kita sudah patut berdiri sendiri-bukan lagi bertongkat. Macam budak-budak, selagi didukung ke sana ke mari, selagi itulah dia takkan boleh berjalan. Tapi lepas tu, aku terbaca satu ruangan wawancara dengan Dr. Chandra Muzaffar-dan dia menerangkan dengan sejelas-jelasnya tentang asas sejarah untuk hak istimewa orang Melayu ini, dan kenapa ia perlu dipertahankan.
Sekali lagi, perspektif aku berubah.
Sebab tu, bila aku baca blog-blog orang, aku rasa fikiran aku lebih terbukak lagi. Sangat menarik bila kita dapat baca pandangan-pandangan yang lebih telus, independen, dan jugak jarang mendapat tempat dalam media biasa. Lebih menarik lagi, bila kita boleh melihat kehidupan dan sekeliling dari kacamata orang lain.
Dalam masa yang sama, aku sebenarnya kagum dengan orang-orang yang boleh menulis, dalam blog mereka, tentang setiap perkara dalam hidup, perasaan- kesedihan, kemarahan, kegembiraan, kekecewaan dsb-perkara-perkara yang cukup peribadi. Aku tak mampu. Tapi aku fikir mungkin itu satu soal yang lain.
Apa-apa pun, ini baru sahaja aku jumpa,
"A child looks at a mountain and sees a mountain, a man looks at a mountain and sees many things, a wise man looks at a mountain and sees a mountain."- Buddha.