Thursday, June 02, 2005

Aku tak faham kenapa banyak teknik-teknik pembelajaran yang baru dan boleh membantu seseorang pelajar belajar dengan lebih berkesan tak dikaji lebih mendalam dan dipraktikkan secara meluas di sekolah macam human calculator, mental arithmetic, kaedah mokhdar (semua ni untuk subjek matematik). Kemudian ada beberapa buah buku lagi yang aku baca yang memperkenalkan teknik-teknik menguatkan memori dan sebagainya yang boleh meningkatkan penggunaan sel-sel otak secara optimum. Adakah sebab teknik-teknik ni semua tak praktikal? Dari semasa ke semasa banyak kajian yang berkaitan penguasaan minda macam ni tapi tak dimanfaatkan sepenuhnya. Sedangkan dah banyak kali kita dengar orang bercakap tentang penguasaan matematik dan sains yang lemah terutamanya di kalangan pelajar melayu. Sampai akhirnya bahasa perantaraan untuk P&P kedua-dua subjek ni ditukar kepada bahasa Inggeris dengan tujuan nak mengatasi masalah penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar. Langkah yang aku rasa kurang logik.

Aku rasa kementerian patut wujudkan satu lagi subjek di sekolah. Subjek teknik-teknik belajar. Mungkin tak perlu reform semula sistem yang sedia ada, macam teknik kira-kira bentuk lazim untuk matematik yang digunapakai dari dulu sampai sekarang, sebab aku rasa itu asas kefahaman. Macam teknik Iqra’ untuk mula belajar mengaji, dikatakan lebih cepat berkesan berbanding kaedah asal, bermula dari kenal muqaddam. Tapi mak aku kata budak yang start belajar dengan Iqra’ sahaja biasanya asas dia tak berapa kuat. Kena start dengan cara biasa jugak. Maksud aku kat sini, teknik-teknik pembelajaran yang baru tu adalah untuk mengembangkan minda, yang penting asasnya adalah pemahaman.

PEGANG ANGGUR

PEGANG ANGGUR

Sekarang ramai orang risau tentang siswazah menganggur. Orang politik pun komen, ahli akademik pun komen, orang awam pun komen, dan penganggur-penganggur berijazah pun komen. Aku takde masa nak buat kajian aku sendiri tentang punca-punca sebenar pengangguran ni terjadi, ataupun apa penyelesaian yang terbaik nak mengatasi masalah ni. Bagi aku mungkin setiap yang disuarakan oleh tiap-tiap pihak tu ada betulnya sedikit sebanyak. Kalau tak betul untuk orang ni, mungkin betul untuk sebahagian orang yang lain. Contohnya kalau ada yang kata dia menganggur bukan sebab memilih kerja, mungkin ada orang lain yang memang memilih kerja. Sebab tu dia menganggur.

Aku tak salahkan siswazah-siswazah penganggur ni seratus-peratus, sebab rezeki di tangan Tuhan. Itu yang paling penting sekali. Cuma aku rasa, kalau betul-betul dah berusaha cari kerja, tapi masih tak dapat jugak-kerja sendiri. Kalau pandai mengajar, buat tuisyen. Kalau pandai menjahit, buat baju. Zaman sekarang taraf hidup dah meningkat. Orang sanggup bayar untuk apa-apa je khidmat yang ada. Kalau pandai memasak, bukak kedai makan. Mungkin mula-mula memang susah, tapi orang yang pernah melalui kesusahan yang paling perit itulah yang akan mencapai kejayaan yang paling hebat. Akhirnya kita tak payah mencari kerja, sebaliknya kita pulak yang akan menawarkan kerja.

Sebenarnya satu benda yang lebih menarik perhatian aku ialah apabila ada banyak respon yang menekankan peranan universiti atau IPT dalam hal ni. Contohnya ada cadangan supaya IPT mengkaji semula kursus-kursus yang ditawarkan supaya sesuai dengan pasaran kerja, banyakkan lagi kursus-kursus kemahiran untuk graduan dan sebagainya. Semua ni memang cadangan yang bagus dan boleh dipraktikkan, tapi yang aku kurang setuju ialah apabila universiti dan IPT seolah-olah dilihat sebagai kilang menghasilkan pekerja. pada aku universiti adalah tempat menuntut ilmu. Itu no. 1. lainlah kalau memang pusat latihan pekerja industri ke, contohnya. Dan sepatutnya kita belajar bukan untuk mencari kerja. Belajar untuk ilmu. kerja soal lain. Memanglah berkait rapat, cuma kalau boleh kita ubah sikit mentaliti zaman dulu-dulu, yang kita kena belajar rajin-rajin, masuk universiti supaya dapat kerja yang elok. Lepas tu boleh bela nasib keluarga. Sebab zaman dah berubah.

Tak salah kalau universiti atau IPT nak buat macam-macam kursus dan sebagainya untuk membantu melahirkan siswazah yang layak ke alam pekerjaan dengan jayanya, tapi biarlah tak lari dari fungsi asalnya. Yang lain-lain tu biarlah sebagai advantage atau pertolongan sampingan untuk bakal graduan.