Friday, March 10, 2006

RESPEK

Pada aku, kalau kita memberi kritikan, atau pendapat menentang pandangan seseorang tu, tak kiralah sama ada dia lebih tua atau lebih muda daripada kita, sebenarnya bukanlah bermaksud kita tak hormat pada dia.

Sebaliknya, sebab kita hormatlah kita kritik dia. Sebab kita yakin dia sudah cukup matang untuk menerima kritikan. Dan sebab kita yakin yang dia mampu menjawab kritikan tersebut.

Dan yang paling penting, sebab kita tahu yang dia tak akan menganggap kritikan tu sebagai serangan peribadi untuk menjatuhkan nilai dirinya, tetapi satu penghormatan, bahawa pandangan dan pendiriannya diiktiraf oleh orang lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home