Thursday, May 12, 2005

REALITI TV

REALITI TV

Satu perkara yang sangat menjengkelkan aku sejak akhir-akhir ni adalah sindrom realiti TV. Sikit-sikit realiti TV. Buat program nyanyi realiti TV. Buat pertandingan teh tarik realiti TV. Buat pertandingan masak-masak pun realiti TV. Walaupun 'kegilaan' realiti TV ni dah lama, aku rasa sejak Akademi Fantasia, tapi sejak akhir-akhir ni makin menjadi-jadi pulak.

Dari satu segi, aku kurang setuju dengan penggunaan frasa REALITI TV tu sendiri. kenapa pulak semua penerbit @ stesen TV nak gunakan perkataan REALITI TV untuk semua rancangan terutamanya yang berbentuk pertandingan? Audition, Malaysian Idol, Who Will Win dan macam-macam lagila. Kalau setakat tunjuk sedikit-sebanyak persiapan peserta sebelum pertandingan dan sebagainya, pada aku itu tak menjadikan rancangan/program tu sebagai realiti TV. Itu DI SEBALIK TABIR. Macam kita tengok satu filem, lepas tu ada 'the making of...'.

Baru-baru ni aku baca suratkhabar, rancangan Mentor (kepada sesiapa yang tak tau, rancangan ni dikatakan lain dari yang lain sebab melibatkan penyanyi-penyanyi yang dah berpengalaman untuk mengajar setiap peserta) terbitan TV3, disebut sebagai SEPARA REALITI. separa ni dari segi apa pulak? kenapa tak sebut je PERTANDINGAN? kurang nilai komersil? tak nampak up-to-date? tak selari dengan trend?

Itu satu hal. Yang kedua, dari segi konsep rancangan tu sendiri. Kebanyakannya meniru satu sama lain. Aku rasa kita dah cukup banyak penyanyi. Sudah-sudahlah dengan wawasan 'nak melahirkan lebih ramai penyanyi dan penghibur yang versatil'. Bukannya salah nak berhibur, nak menyanyi. Aku sendiri pun enjoy dengar lagu dan kadang-kadang menyanyi sorang2. tapi sesetengah orang terpengaruh sangat dengan dunia glamour artis ni. akhirnya tak ke mana juga. Sesetengah, bukan semua.

Dulu orang forward kat friendster pasal realiti TV mencari 'Muslim Idol'.Haha. mungkin itu sindiran untuk Malaysian Idol dan juga nak menyedarkan kita sedikit sebanyak. Kalau ada penerbit berminat nak mengkaji lagi idea ni silakan.

Soal originaliti ni memang jadi masalah dari dulu lagi. orang suka ambil jalan selamat. ambik satu formula yang dah berjaya, tukar kulit sikit-sikit, jadi benda baru. tapi jarang kita tengok yang boleh betul-betul berjaya macam benda asal. yang aku tak faham, bila benda lama yang dah ok, pun terpengaruh dengan trend baru yang tak relevan. macam Bintang RTM. dah establish dari zaman dulu. nak jugak tiru stail SMS penonton. ada elemen sedih-sedih bila kalah dan sebagainya.

Orang suka Survivor. Sebab idea baru. Dan orang suka The Apprentice. Sebab original. Dan bila kita tengok, kita akan turut sama berfikir, kalau kita di tempat peserta tu, mampu tak kita buat tugasan tu? boleh tak kita sahut cabaran tu?

Program 'realiti' yang tak berbentuk nyanyian ada jugak, tapi tak banyak. dan ada yang ok, walaupun masih cedok konsep luar. contoh: Explorace=Amazing Race.

Akan datang pulak ada MENCARI CINTA kat TV3= Average Joe. *sigh*

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam.salahkan kerajaan siapa yng mentadbir..af3

2:46 PM  

Post a Comment

<< Home