Friday, July 22, 2005

Mawi dan Akademi Fantasia: Fenomena baru?
Wednesday, July 20 @ 12:41:19 MYT
Oleh MELINTANG SESAYAP

MAKA suasana menjadi tenang seketika. Jalan raya agak lengang. Anak-anak kecil tidak berkeliaran. Semua telah pun pulang ke rumah. Tiada kelas mengaji muqaddam hari ini. Ustazah memang tidak mengadakan kelas.

Anak-anak muda yang sering bersantai, lepak dan bersidai tepi tangga, tepi tembok dan tepi kaki jalan sudah pun kembali ke rumah sejak awal lagi. Tiada usik mengusik, tiada 'dating' dan tiada ke hulu ke hilir dengan motosikal. Tiada jalan-jalan malam.

Kenduri pada malam ini telah ditunda keesokan malam dan ada kenduri yang telah diawalkan. Ada yang tidak jadi pulang ke kampung atau ada yang melewatkan perjalanan jauh.

Anak yang kecil, bayi telah ditidurkan awal dan makan malam telah pun disantap seisi keluarga selepas solat maghrib. Ada yang telah membatalkan ziarah ke rumah saudara dan kalau ada tetamu yang ingin datang diminta melawat pada lain masa. Yang pasti bukan malam ini.

Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini.

Semua ini kerana ingin memberi laluan kepada siaran langsung konsert Akademi Fantasia.
Yang tiada rangkaian ini, masing-masing telah awal lagi menempah. Dua bulan yang lalu. Yang tidak mampu menempah rangkaian ini sanggup pula bersusah payah menumpang tonton rumah kaum kerabat yang ada.

Yang telah dipotong rangkaian ini kerana sudah lama tidak membayar, telah berusaha mengumpul wang semula untuk membolehkan rangkaian disambung kembali. Yang belum menambah nilai kad prabayar telefon bimbit telah berkelam-kabut ke kedai berdekatan.

Sebutlah dan isytiharkanlah siapa yang tidak tahu tentang AF3 dan Mawi.
Sekalian alam kenal dan arif benar. Yang tua muda, kecil besar, miskin kaya, sakit sihat, kerajaan swasta, menteri atau orang gaji semua mengenali.

Begitulah suatu arus dan fenomena (meminjam tajuk akhbar) yang melanda. Tidak terelak lagi ledakan gelombang ini.

Yang mengulas pula datang dari segenap lapisan. Semua ingin menjadi juri tak bertauliah. Dari pensyarah menara gading (professor kangkung?) sehinggalah ke pesawah di tepi tebing.
Penghuni institusi pengajian tinggi hinggalah pekerja kuli yang hanya mengaji jawi. Daripada yang berada di awan biru sehinggalah yang berada di bawah tanah kubur menggali lubang baru. Hebat memperkatakannya.

Tahniah Akademi Fantasia kerana menjadi pemangkin dan pencetus suasana yang telah lama suram kerana pelbagai perkara. Terima kasih kerana telah membawa rakyat Malaysia lari seketika daripada realiti dan hakikat yang ditempuhi. Sekalung tahniah juga kerana telah menemui seorang insan yang didambakan sejak sekian lama oleh rakyat. Idola ramai dan teladan semua.

Mawi suatu nama keramat yang meniti dari bibir ke bibir dan menjadi buah mulut orang. Dari Datuk Keramat ke Tumpat sehingga ke Kudat semua tahu tentang perkara ini. Rakyat terutama remaja telah lama menantikan seorang lambang atau tokoh yang boleh dijadikan contoh.

Telah lama kekosongan ini berlaku. Gersang. Kering. Kini panduan hidup rakyat telah kembali pulih. Kiblat telah dibetulkan semula. Mawilah pengubah segalanya.

Hampir tiada kedengaran cacat cela dan sopeknya makhluk ini. Kiranya ada sekali pun, pasti ramai yang membela dan mempertahankannya. Penuh dengan pujian dan kekaguman yang menggunung.

Apa yang dibuat, dituturkan dan didiamkan menjadi ikutan ramai dan terasa seolah-olah seperti hadis pula.

Rakyat khasnya remaja serta khususnya Melayu Islam memang ingin seorang yang 'beragama' membawa hala tuju matlamat hidup mereka.

Tetapi rakyat kebanyakan menantikan kemunculannya dari alam hiburan. Rakyat tidak mengharapkan kewujudannya dari alam atau bidang lain seumpama bidang ekonomi, politik, pendidikan kerana telah jelak dan telah muak dengan masalah yang timbul dan kecewa dengan insan atau pemimpin yang muncul untuk menjadi idola. Semua penuh bermasalah dan janji kosong.

Kini hati rakyat terubat dengan manusia yang 'dilahirkan' dan 'dibesarkan' daripada alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama terpacul dengan gaya yang tersendiri.

Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang. Terbilang. Gemilang. Extravanganza. Penuh aura. Karisma. Ada 'x-factor'. Pakej yang lengkap! Ada mesej dakwah!

Tiada siapa menafikan kehadiran dan kehebatannya.

Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang pendidik menasihati anak muridnya "jadilah seperti Mawi. Mengaji boleh, menyanyi pun boleh. Ini yang kita hendak. Contohilah dia."

Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi masuk Astro.

Berdakwah dari dalam...

Begitulah komentar yang dikumpulkan serta dikoleksikan secara berguni dan bergantang-gantang.

Akan tetapi...

Sedih betapa tipisnya iman kita.
Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua

Pandangan Pertama (1)
Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30).

Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib dan adabnya.
Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..." (lagu penyanyi lama)
Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita yang berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2)
Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan"

Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak".

Pandangan Ketiga (3)
Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..."

Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan 2. Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar Mawi 3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata "saya kalau nak komen Mawi mesti pakai tudung..."

Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini.

Main-main dengan hukum Allah.

Pandangan Keempat (4)
Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?

Pandangan Akhir
Apa pendirian PAS dan Harakah tentang fenomena ini?
Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan dihadami bersama.
Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus. Sambung mereka Arus 'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!!
Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi." – lanh

Thursday, July 21, 2005

1. Tengok wayang-Ungu Violet dengan Af
2. Makan Pizza Hut dengan Bai
3. Makan sate dengan Lily
4. Pergi Sunway Lagoon dengan Fad
5. Beli printer-tak confirm

Ha, korang tengok. Kat atas ni semua perancangan aku bila scholar dah masuk. Nampaknya semua bawah column 'kredit' je. Macamana nak save duit. Ini la yang dikatakan "terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan".

Aku cakap kat adik aku, aku boros. Selalu sem belum habis duit aku dah habis dulu. Lepas tu dia kata, "Boros je lebih, tapi zaza nampak cam orang miskin gak."Haha.Family aku memang selalu kutuk aku tak pandai bergaya (ceh, sebenarnya aku bukan tak reti. Aku cuma malas je).

Lepas tu aku jawab, "Sebab zaza habiskan duit untuk life, bukan lifestyle."

Poyo.

SO LONG

SO LONG

I thought I knew you
Turns out that I didn't
I thought you knew me
I guess you never did
I thought we were having fun
Turns out that the fun was only mine

I thought you'd understand
And it would have been so different back then
I thought I'd understand
But some things go deeper than just pain
I thought we were best friends
For which we were not destined

Afraid, though, I am to say
Sometimes I blame you
Sometimes I blame me
Sometimes I wish I never met you
Or was it all wrong from the very beginning?

I decided to let go
Not too long ago
'Cause life has a long way to go
And one day
I shall look back
And see how much this help me grow

So there
Worry no more
The spirit of friendship remains unshattered
Honoured and protected

I thank you for everything
And sorry for everything else that comes along the way
I wish you luck
I wish you peace
I wish you all the happiness in the world

So long, dude.

Tuesday, July 19, 2005

ringgit malaysia lima puluh

RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH

Wa..lima puluh ringgit di saat-saat scholar belum masuk ni memang sangat bernilai. terutamanya memandangkan keadaan sekarang yang tinggal beberapa ringgit je dalam bank, tapi kena beli buku dan macam-macam jenis statute termasuk terpaksa menahan diri dari godaan-godaan dari kawan-kawan untuk tengok wayang, pergi bersukaria dan macam-macam lagi.

Hari tu aku buat recheck(for the 1st time ever!selalunya teruk macamana pun aku pasrah je) untuk result exam aku sem lepas. Since aku tak ambik sem 3, lepas result tu kuar, aku mintak tolong kawan aku buatkan recheck untuk aku-2 subjek. Yang satu tu memang aku kurang puas hati. Aku rasa aku dah study dan jawab betul2, tapi dapat jauh lebih teruk yang aku harapkan. Lagi satu tu memang gamble, kot-kot ada harapan nak naikkan cgpa yang makin merudum.

Recheck satu subjek kena bayar rm50, dan kalau gred tak naik 50 tu akan burn. So kawan aku pun forwardkan duit dia dulu=rm100. Actually bukan duit dia, tapi duit kawan kitorang lagi sorang sebab dia pun tak cukup duit.

Keputusannya? Subjek yang aku rasa aku dah buat betul2 tu naik satu gred, dapat balik 50. Satu lagi yang aku gamble tu tak dapat, burn 50. Takpela, aku dah agak dah. Bukak je sem, aku clearkan duit kawan aku 100. Then aku pergi office dengan niat nak claim balik 50 yang upgrade tu. Kakak tu cakap kena bawak surat as proof, dan resit. Ok, so i thought i should call or msg k. ani to bring the receipt the next day. Tapi pastu aku pikir takpela, esok jumpa dia boleh cakap.

Memang aku menyesal lepas tu. Sebab esok tu k.ani kata dia baru je buang everything malam tu. dia ingat dah setel semua. Maknanya kalau aku cepat bagitau dia semalam tu resit tu akan dapat diselamatkan. Anyway, i tried my luck, jumpa gak staf ofis kot-kot boleh claim balik duit tanpa resit. Diorang kata diorang pun takleh nak tolong sebab tu semua dah involve finance dept-bukan under diorang. Nanti banyak problem, audit n everything. So aku redha. Memang bukan rezeki aku.

Tapi k. ani rasa bersalah sangat sebab dia terbuang resit tu walaupun aku cakap kat dia yang dia pun tak tau resit tu kena simpan kan. Aku yang patut bagitau dia, dan aku tak bagitau. So memang salah aku. Dia berkeras jugak nak bayar 50 tu. Puas jugakla kitorang tolak-menolak, akhirnya khaulah cakap kat aku, ambik je la. Kalau tak selagi tula k. ani tak sedap hati. Aku pun ambik je la duit tu.

Rupanya memang 50 tu tak ke mana. 2-3 hari lepas tu aku jumpa asni, dia kata dia kata dia baru teringat, sebenarnya resit tu ada dengan dia. Hah! rupanya yang kat k. ani tu cuma slip je. So, bolehla aku claim balik 50 tu kat law office.

Alhamdulillah.

Pengajaran: Kesilapan yang kecil boleh menyebabkan kerugian yang besar:>

Monday, July 11, 2005

Innalillahiwainnailaihiraji'un...

INNALLILLAHIWAINNAILAIHIRAAJI'UN...



Masih terdengar jeritan isteri
Oleh Hasnira Hassan

MELAKA: Jeritan isterinya ketika diseret kenderaan pacuan empat roda sejauh 20 meter berhampiran Stadium Darulmakmur, Kuantan, kelmarin, masih terbayang dalam ingatan Md Nasir Mamat, 52.


“Saya fobia lalu di jalan itu. Tapi, itulah laluan saya setiap hari,” katanya ketika ditemui di Serkam dekat sini, semalam, sehari selepas kejadian berkenaan.

TRAUMA: Md Nasir tidak dapat menerima hakikat isterinya maut dilanggar kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, Md Nasir hanya sempat mendengar jeritan `bang....' sebelum melihat isterinya, Kamsiah Anuar, 54, diseret kenderaan pacuan empat roda kira-kira 20 meter, melalui cermin pandang belakang keretanya. Sebelum itu, pasangan berkenaan baru selesai membeli barang di pasar tani berhampiran stadium itu.

Jenazah Allahyarham Kamsiah dibawa pulang ke kampungnya di Serkam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Serkam Pantai selepas solat Maghrib, kelmarin.Allahyarham turut meninggalkan lima anak, Norsyawariza, 26; Norsyaliena, 22; Md Norhaliq, 20; Nor Syazwani, 16 dan Md Norhafiq, 11.

Md Nasir, Pengurus Besar Pentadbiran dan Sumber Manusia Polyplastics Asia Pacific Sdn Bhd di Kuantan, redha dengan pemergian isterinya, tetapi kesal kecuaian orang lain menyebabkan beliau sekeluarga kehilangan orang yang disayangi.“Tolong ambil tindakan tegas terhadap pesalah jalan raya seperti ini," katanya yang masih sugul.

Sementara itu, anak keduanya, Norsyaliena, 22, yang menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, Mac lalu, terkilan kerana ibunya tidak dapat bersama meraikan konvokesyennya, bulan depan.“Memang saya tunggu emak untuk konvo. Tetapi sekarang dia tak sempat tengok kejayaan saya."

“Kami semua rapat dengan emak. Dia memang ibu yang hebat terutama dari segi kesabarannya. Saya berharap dapat kerja... cari duit... saya ingin belikan emak hadiah.“Jangan biarkan pesalah lepas. Biar ia dijadikan pengajaran kepada semua. Sekarang banyak kes kemalangan yang membabitkan pejalan kaki, tetapi semua tidak diambil sebagai pengajaran,” katanya.




She's my friend, Syal. A very close one during high school. Even though we've hardly been in touch since we left school, but the spirit of friendship remains. I read the news that day, but I guess the one that I read didn't mention about her kids, so I didn't realize she was her mother. I have no words, none that could change anything, but I am shocked, and sad for her.

May Allah bless her, and the whole family as well.