MAK AKU MASUK UNIVERSITI
Yaa...mak aku masuk universiti.cayalah.kagum aku dengan mak aku sendiri.dah sebulan lebih dah.2 minggu lepas aku balik rumah tetiba mak aku dengan bangganya mengisytiharkan,
"Mami dah masuk universiti sekarang ni...haa."
"Ha?U mana?amik apa?"
"UM...Mami buat sijil pengajian Al-Quran.karang kalau habis ni boleh buat diploma.pastu sambung buat degree pulak."
Kata mak aku sambil tersenyum lebar.
Waahh...ini sudah kira hebat. tadi mak aku cakap lagi, lepas ni kalau anak2 pun tak belajar, tak boleh la buat alasan lagi. takkan nak kalah dengan mak aku yang dah berumur, bekerja, berkeluarga lagi..hehe.ciss.
Kelas tiap2 hari sabtu, mak aku kena ulang-alik batu pahat-kl tiap2 minggu. berhabis jugakla. gigih sungguh mak aku. nasib baik ayah aku ok. kawan mak aku (diorang 2 orang) pulak kurang dapat sokongan suami dia.hmm..no komen. bulan lapan ni pulak mak aku exam..hwa3.
Mak aku cakap kat adik aku pulak, "Najhan, nanti kalau masuk um, ha..boleh jumpa mami. Mami tunggu kat um." Adik aku senyum je.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home