Wednesday, April 14, 2004

FILEM DAN ORANG KITA

Haii kawankawan. Lama tak jumpa. Hari ini aku nak cerita pasal filem, dan orang kita.

Aku bukan aktivis filem, dan lebih-lebih lagi aku bukan orang yang pakar kalau nak bercakap ttg filem. Untuk lebih senang aku suka kategorikan diri aku sendiri sbg seorang pemerhati. Kadang-kadang aku jadi pemerhati politik, kadang2 pemerhati sosial, kadang2 pemerhati alam sekitar. Cuma mungkin aku ni boleh dikategorikan sbg seorang yang patriotik juga.

Hmm. Pernah tak korang dengar orang cakap macam ni, atau mungkin korg sendiri yang pernah cakap?
"Aku tak tgk cite melayu. sume hampeh."
"Laa..aku ingatkan orang tua2 je yang tgk cite melayu macam ni."

Sebelum aku berckp dgn lebih pjg, aku nak jelaskan yang aku bukan pejuang bahasa melayu, yang ekstrim, atau fanatik yang membabibuta, cuma ada sebab2 tertentu kenapa aku rasa prihatin dgn isu ni.
Kita selalu kata 'bilalah agaknya orang melayu boleh buat cerita yg bermutu setanding dgn hollywood, ataupn hong kong, atau jepun dan macam2 lagila.." Baru-baru ni aku baca paper dia sebut pulak yang thailand yang tak berapa "makmur" macam malaysia pun mampu buat filem yang bertaraf antarabangsa. kita bilalagi?

Bila cakap pasal Hollywood, kita kata,"Oh...diorang banyak duit..tak sah buat filem kalau tak sampai juta-juta..pasaran diorg besar dan macam2 lagi."
Tapi bila tiara jacquelina buat cerita Puteri Gunung Ledang dengan kos 10 juta,kita bising. ini dah membazir. sudahlah pakai duit kerajaan. apa istimewanya tiara sampai dia dapat peruntukan sebanyak itu?Tak cukup dgn tu, dia sorang je yang dpt peluang keemasan tayang trailer masa Festival Filem Malaysia hari tu.

Inilah silapnya kita. Apa salahnya kalau kita cuba bersikap positif. ini suatu perubahan. kalau filem Melayu biasa secara purata guna kos 1 juta dgn kualiti ntahapahapa, mungkin tiara cuba buat filem dgn kualiti yang sepuluh kali ganda lebih baik daripada biasa. sebab itu kosnya sepuluh kali ganda.

Tentu korg akan cakap tak semestinya buat filem kualiti mesti guna budget besar2. Amir Muhamad buat 6horts berapa je kos dia. masuk international festival gak. Buli afdlin shauki pun, tema simple, tak gembar-gembur dgn teknolgi canggihmanggih boleh laku. ramai orang puji.

Tapi kita bercakap kena ikut konteks. setiap filem kalau nak tgk kualiti dia kena tgk banyak aspek. cerita, watak, skrip, benda2 ni kena kuat. orang2 filem tentu lebih tau. dan faktor2 utama ni pulak nak tak nak kena disokong oleh faktor2 lain untuk menghidupkan filem itu sendiri. kat sini la pentingnya special effect, props, costume dan macam2 lagi.

contoh yang paling senang kita tgk macam Lord Of The Rings. Agak2 kalau dgn kos satu dua juta, boleh tak kita tgk hasil macam apa yang kita dah tgk kat wayang(atau vcd)?macam tu juga Titanic. sbb tu kita tak boleh bandingkan kos buat LOTR dgn kos buat 50 First Dates. macam tula jugak dgn Puteri Gunung Ledang.

apa2 pun aku harap kawan-kawan semua boleh tgk cerita tu nanti, kemudian komen. Jangan komen, kemudian tak tgk lgsung. kita mesti adil.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home