Tuesday, November 29, 2005

Hari tu aku bukak site meter blog aku ni setelah 2 minggu lebih tak online. Wahh..terkejut aku beb. Untuk hari tu je 85 org masuk!! Tercengang jap aku..takkan la.Aku ingat site meter tu silap kott..pastu siap average hari-hari 60 lebih. Dulu biasanya dalam berapa org je..biasela member2.

Hm..sebab cuti kot. Haha. The power of internet.

Anyway, kepada pengunjung2 baru, you are most welcomed. Dan kepada pengunjung2 setia (kalau ade la..haha), aku mintak maap sangat2 la wei. Dok umah sebulan aku rase dah jadi cam zombie. Bangun tido kemas rumah tengok tv semayang tido lagi kemas lagi tengok tv lagi dan tido lagi. Dan bangun lagi. Komputer takdak-so no internet.

Dan oh, aku lupa-baca komik. Aku baru mengenal Naruto yang sangat digembar-gemburkan oleh ramai peminat komik dan manga. Boleh tahan. Dulu aku ingat Naruto ni cam spesis Pokemon Digimon. Kira cam adventure carik2 benda..pastu ada binatang2. Agaknya sebab dia ada misai cam kucing kot. Rupanya komik pasal ninja. Aku siap ingat dia tu bukan manusia.

Tapi aku tetap lebih suka HunterxHunter..walaupun tak seglamer Naruto. Aku rasa jalan cerita dia lagi unpredictable dan interesting. Watak2 dia cam misterii je. Teori2 dia pun, rasa lebih lojik pada aku dan lebih meyakinkan. Naruto plak memang banyak aksi, tapi cerita dia lebih linear dan simple. Karakter dia pun boleh kata lebih ramai, dan aku suka the effort of giving each character its own depth. Tapi HunterxHunter watak dia aku rasa lebih colourful. Lain dari yang lain.

Tapi apa-apa hal pun, aku memang salute habis kat kartunis2 macam ni. Especially untuk komik2 yang bersiri. Kena pandai melukis, imaginasi tinggi-nak create konsep, karakter, tempat, teori2 yang sebenarnya tak wujud kat dunia ni tapi diorang membuatkan nampak cam wujud. Dan kena berfikir jauh ke depan-untuk pastikan jalan cerita berkembang tapi dalam masa yang sama tak lari dan semua puzzle will fit into its place. Fuh ingat senang ke. Memang penggunaan dua-dua bahagian otak-kanan dan kiri yang maksimum.

Sama gak macam George Lucas yang buat Star Wars. Dulu aku pelik sangat. Macamana dia buat prequel kepada Star Wars tu-Episode 1: The Phantom Menace setelah lama gila-30 tahun. Maksudnya masa dia buat Star Wars tahun 1970-an dulu tu, dia memang dah ada dalam kepala dia ke sejarah dan kenapa benda2 dalam SW tu jadik? Kalau tak macamana dia nak hubungkaitkan setiap perkara dengan sempurna. Kalau buat sequel tu lain cerita la. Belasah je pun takpe.

Rupanya lepas tu baru aku baca yang dia memang dah plan 30 tahun dulu untuk keseluruhan cerita tu termasuk prequel Episode I-III. Cuma dia rasa teknologi waktu tu tak dapat buat macam apa yang dia bayangkan untuk filem-filem prequel tu. Terpaksa la dia tangguhkan sampai sekarang, Wuiyo kagum2. Maksudnya dia dah berpikir 30 tahun ke depan.

Papehal pun, cuti dah nak abis. Minggu depan dah start kelas..so nampaknya Ahad ni aku akan berada di uia. Jumpa di sana.

Wednesday, November 02, 2005

MASTIKA

Kalau sesiapa perasan, sekarang majalah yang paling 'hangat' kat pasaran, bukan URTV, bukan FHM, bukan Mangga, tapi Mastika. Tiap-tiap bulan sejak kebelakangan ni, akan ada laporan eksklusif-sarang-sarang maksiat kat Malaysia ni. Lubuk Tupah, Taman Tasik Permaisuri, daripada tempat budak laki pompuan sampai tempat gay.

Awal-awal dulu aku tak tau apa reaksi yang sepatutnya untuk Mastika. Aku masih lagi kurang yakin bila Mastika buat isu-isu sensasi macam ni sebagai bahan utama-betul-betul nak membanteras ke, atau sekadar strategi pemasaran? Sebabnya masa aku kat sekolah dulu, Mastika pernah buat liputan pasal golongan pondan. Yang kurang sedap tu, sebab liputan hanya sekadar liputan. Pendedahan tentang kehidupan diorang, pengakuan, macamana diorang buat pembedahan dsb, tapi tak ada penjelasan yang sepatutnya untuk pembaca tentang kegiatan-kegiatan macam ni.

Sama jugak macam majalah-majalah yang seakan-akan Mastika, macam Wawancara, Intisari. Memang banyak pendedahan kisah gelap masyarakat, tapi sebab banyak cerita tu berunsurkan seks, ditambah pulak dengan gambar cover depan, dah jadi macam majalah lucah pulak aku tengok. Tak tau la sama ada majalah-majalah macam ni dapat serve the purpose-memberi pengajaran atau tak.

Kakak aku kata "Tah pape la mastika ni, setakat dedahkan je buat apa. Tak ada cadangan pembaikan". Aku diam je. Sebelum tu aku pun ada fikiran yang sama, tapi sekarang ni aku dah melihat benda ni dari sisi yang lain.

Bila aku baca yang Mastika sekarang bersungguh-sungguh bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam (JAWI contohnya), aku dah mula pro terhadap benda ni. Bila aku baca pulak yang ada kisah-kisah orang yang terjebak dengan benda-benda tu insaf lepas baca laporan Mastika, baru aku sedar, manusia memang dijadikan Tuhan lain-lain, sama ada berlainan latar belakang, atau berlainan bentuk ujian dan godaan. Untuk orang yang tak pernah terlibat, boleh jadi akan rasa marah dan terkejut. Untuk orang yang tak pernah terlibat tapi dah biasa dengar, mungkin akan kata , "Hm, biasala tu." Tapi yang kita tak sedar, ada orang yang terlibat, sebab leka dan kalah dengan godaan, akan menerima tamparan hebat dengan laporan-laporan macam ni. Mungkin ini la target Mastika. Dan mungkin dengan cara ni Mastika boleh membawa perubahan, walaupun sedikit, berbanding dengan kita yang kadang-kadang tahu mengkritik sahaja.

Selebihnya, aku rasa Mastika bertujuan supaya orang ramai sedar, pentingnya kita tau dan 'alert' tentang merebaknya gejala macam ni. Satu, supaya yang tak terlibat jangan sesekali gatal-gatal nak cuba. Aku pernah terbaca, sebab tu Allah berfirman,

"Dan janganlah kamu mendekati zina..".

Kat sini, bukan zina tu je yang haram, mendekati zina tu pun dah kira haram, macam berkhalwat. Sebab tu kita tak boleh kata khalwat tu tak ade dalam hukum Islam.

Dua, nak tegaskan pentingnya kerjasama masyarakat terutamanya umat Islam membanteras benda ni. Amar maaruf nahi mungkar.

Latest issue, aku baca wartawan Mastika dah mula terima macam-macam ugutan supaya jangan teruskan buat liputan macam ni. Semoga niat yang baik akan dilindungi-Nya.

p/s: sebut pasal gay ni, takleh lupa aku tengok cerita Bukak Api karya Osman Ali. Cerita tentang golongan mak nyah dan menang anugerah festival antarabangsa. Tapi cerita ni, target dia bukan nak kata jangan jadi mak nyah, tapi target dia nak mengajar cara mencegah Aids di kalangan mak nyah-dan pelacur. Kalau tanya aku, aku nasihatkan tak yah la tengok. Haha. Bak kata kawan aku, "Sekarang baru aku faham apa makna 'disturbing'.."

PUASA DAH NAK ABIS

Sedar tak sedar bulan puasa pun dah nak habis. Sebahagian besarnya aku habis untuk musim exam hari tu.

Bulan Ramadhan ni, aku pun tak tau adakah aku dah berjaya manfaatkan sepenuhnya. Sesekali bila ingat balik, memang betulla kata Rasulullah, iman orang islam ni memang naik dan turun. Bila gembira, semua ok, selalu lupa Tuhan. Bila semuanya dah mula rasa serba tak kena, barulah nak semak balik diri, mintak ampun dengan Yang Maha Pencipta.

Sepatutnya muhasabah diri bukan bulan Ramadhan je, tiap-tiap hari, setiap waktu, kena muhasabah diri. Sentiasa cek balik iman kita takat mana. Kalau rasa tersasar je, cepat-cepat betulkan balik. Tapi betullah, nak berubah ni pun bukan senang. Kadang-kadang orang tak paham. Kadang-kadang kita sendiri pun tak paham. Sebenarnya bila kita berubah, bukan bermakna kita dah bukan kita yang dulu. Manusia ni, proses pembelajaran dia berterusan, bak kata orang, dari dalam buaian sampaila ke liang lahad.

Kadang-kadang rasa tercabar jugak. Dalam proses perubahan tu, mungkin kita masih belum teguh. Masih mencari. Kita mula mempersoalkan identiti dan pendirian kita sendiri. Dan bila dalam proses tu, kita berdepan dengan sindiran-sindiran yang dulu boleh kita tangkis dengan senang, kita mudah goyah semula. Tak apa, tetapkan hati. Yang penting kita tau apa yang kita tuju. Jalan menjadi insan yang kamil. Yang tunduk hanya pada Allah.

Semoga Ramadhan kali ni dan jugak Ramadhan yang akan datang (kalau kita dipanjangkan umur), kita sama-sama dapat membuat perubahan untuk diri sendiri-hijrah ke arah yang lebih baik. Dan melihat dan merasa semangat Ramadhan tu sendiri, jauh dari dikaburi dengan kesibukan menyambut raya dengan segala kebendaan. Amin.

"Dan tidaklah Kami jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada Kami.."

[Adz-Zaariyat:56]