Thursday, August 25, 2005

BUKAN SOAL MAWI

Mawi dah menang. Malah dia sebenarnya dah menang sebelum konsert akhir lagi. Sampai aku percaya, kalau dia tak jadi juara, tentu ramai peminat AF yang mengamuk.

Tapi walaupun AF dah habis, fenomena Mawi masih tak habis-habis. Sebelum aku bercakap
lebih lanjut, aku nak clearkan beberapa perkara.

Satu, aku bukan peminat Mawi, dan aku tertarik kepada isu ni bukan sebab Mawi, tapi sebab aku tertarik dengan pelbagai pandangan pro dan kontra terhadap Mawi, dan kebanyakannya menyentuh dari segi agama.

Dua, aku tengok AF, walaupun bukan peminat setia. Sebab aku peminat seni, dan aku
beranggapan menyanyi dan muzik itu adalah seni. Dan sebarang bentuk seni itu pada asasnya adalah harus. Kalau ada unsur-unsur yang mencemarkan konsep kesenian dalam nyanyian dan lagu itu, yang sepatutnya tak perlu ada, itu satu soal yang lain.

Kat bawah ni adalah satu respon aku terhadap satu siri perbincangan yang panjang lebar, asalnya tentang isu Mawi. Rasa macam tak adil kalau tak letak respon orang lain, takut tak nampak konteks perbincangan. Jadi aku cuma petik sikit je-nak letak semua banyak sangat. Cuma, kalau korang baca apa yang aku tulis, aku harap boleh set awal-awal dalam kepala, apa yang aku nak tekankan adalah, ini bukan soal Mawi.

RESPON 1

assalamualaikum.. buat sahabat2 seagama yg dikasihisekalian...memang kita bukanlah allah utk menghukumsesama manusia..tetapi ingatlah itulah hakikatkejadian kita..ingat memperingati sesama manusia ygseagama...bg umat zaman ini tiada yg lebih pentingselain drpd kembali ke jalan allah..petunjuk yg hanyaada dlm quran..btp kita sebenarnya lalai..keranmencmpur adukkan yg haq dan bathil dimuka bumiini..brp ramai yg sedar ttg ini sahabat2 yg sykasihi...

RESPON 2

tanggungjawab umat Islam adalah menyeru kepadakebaikan dan mencegah kemungkaran. akhir2 ini umatIslam semakin keliru, mencampurkan hak & batil. taktau mana satu role model, mana satu gaya hidup yg patut diikut. semakin confuse umat zaman ini sehinggakan ada'ustaz'@ 'bilal'@ 'qari' boleh join program maksiat,dgn alasan utk berdakwah.

ustaz saya pernah mengatakan pada 1997 dulu, katanya,tak mustahil pada masa akan datang, akan ada satukonsert nyanyian dgn tujuan dakwah, dimulakan dgn alfatihah & ditutup dgn tasbih kaffarah. apakah saat itu semakin hampir..??asalkan tujuannya utk berdakwah, biarlah si ustaz@bilal@qari berjoget dgn wanita, tapi niatnya ikhlas utk menyeru kepada kebaikan. janji solat,puasatak tinggal. inilah gaya hidup akhir zaman yg akan tiba dalam masyarakat kita..seandainya kita terus mengamalkan sindrom 'tak apalah..' 'siapalah kita utkmenghukum orang' atau 'kita tak berhak menghukum', maka tunggulah saat ini tiba.

jgn biarkan hati kita ada walau sepicing pun rasa redha dgn keadaan ini. saya teringat pesan Us. ismail kamus, katanya, selemah-lemah iman adalah detik dalamhati bahawa kita tidak redha dgn sesuatu maksiat. jadi kalau kita redha walaupun sedikit, agak2nya setakat manalah iman kita??semoga Allah swt memberi hidayahNya kepada kitasemua..wallahu a'lam.

RESPON aku

Saya fikir ada salah faham kat sini. bila kita kata, 'jangan cepat menghukum', bukan bermaksud 'tak apa'.

Satu, soal menghukum. Kita tak tau niat orang. apa yang zahir, kita nampak, tapi bukan yang batin. yang kita tolak adalah amalan yang salah. hukum-hakam memang dah tetap, tapi hukum tu adalah ke atas amalan tu. haram atau halal, berdosa ataupun tidak.kedudukan 'pesalah' tu kat sisi tuhan kita tak tahu. lainlah macam orang-orang yang memang disebut sbg laknatullah. pernah dengar cerita sorang pemuda yang dijamin masuk syurga, lepas tu ada sorang yang lain saya tak pasti sahabat ataupun bukan, cuba nak tengok hebat sangatkah amalan pemuda ni. dia tak solat sepanjang malam, puasa sepanjang hari dsb, tapi tiap2 malam dia akan bangun dari tidur,sebut 'Ya Allah" 3 kali, dan lepas tu tidur semula. maksud nya kat sini,dia masuk syurga sebab takwanya.

Lagi satu cerita, kat akhirat nanti, ada sorang abid. memang banyak beramal soleh. tapi bila Allah tanya, mana lebih besar, amal soleh dia ke, rahmat Tuhan? Dia kata rahmat Allah. Amal soleh yang banyak tak menjamin dia masuk syurga, tapi yang penting Allah merahmati ke tak segala amalan soleh dia tu. point nya kat sini, amalan kita cuma perkara zahir je, yang penting ikhlas dan takwa. mintak maaf takde authority yang kukuh.

Setiap kali kita nak mengukur kejahatan orang, tanya satu soalan je katdiri sendiri. "adakah kita yakin yang kita ni adalah seorang Islam yang lebih baik dari dia?" Macam kata cikgu rasyid, sebut maksiat tu secara general je.

Tegur, bukan tuduh.

Dua, soal pendekatan. Amar maaruf nahi mungkar. Kat sinila kita amik isu kat atas tadi, terjemahkan kepada sesuatu yang positif. Hadis Nabi SAW, kita kena cegah maksiat dengan tangan. kemudian mulut.kemudian hati-inilah selemah-lemah iman. Yang penting macamana kita nak applykan hadis ni dalam konteks sekarang.

Taknak menghukum bukan maksud redha, tapi sebaliknya. Betul, kitakena ingat-memperingati, tapi cara dan pendekatan tu penting.Berdakwah pun kena dengan hikmah. kalau tidak kita takut dakwah tu tak sampai. pendakwah tak boleh sekadar cakap je, tapi kena banyak berfikir kalau ikhlas nak buat perubahan.

Bezakan, bila kita nampak sorang buat maksiat, kita pergi cerita kat orang lain " apela si A ni..dia tak tau ke dosa semua tu...nama je anakImam...bla3..."

Dengan, kita tanya "kenapa dia buat macam tu? boleh tak kita buat apa2 yangboleh sedarkan dia dan bawak dia balik ke pangkal jalan?"

Setiap kali kita nampak kemungkaran, kena tanya diri kita, "ok, apa yang aku boleh buat untuk ubah keadaan ni? barulah boleh kata mencegah kemungkaran dengan tangan." zaman dah maju, macam2 kemudahan kita ada. Tak cukup sekadar cakap, 'Si A bla3...si B bla3..' dan kemudian gunakan alasan yang 'mengumpat sebagai pengajaran'.

Sepatutnya kita kasihan dengan dia. Sekurang-kurangnya tegur secara direct. Mencegah kemungkaran dengan mulut. Dan kalau nak dijadikan pengajaran pun, kita bertanggungjawab menutup keaiban dia. Tak perlu sebut secara spesifik.

Kita kena tengok isu ni secara global. bukan masalah baik tidaknya sorang individu je. ini masalah masyarakat, jadi tak cukup kita nak betulkan atau berdebat tentang sorang individu je. Betul, kita umat akhir zaman yang confuse, sebab tu kita kadang-kadang tersilap langkah. Dan sebab tu jugakla, kita kena sama-sama betulkan sesape yang tersalah jalan ni. Saya selalu fikir, beruntung betul siapa yang sempat hidup masa zaman Rasulullah SAW masih ada. Ada pemimpin dan sumber rujukan yang betul2 jelas.

Macam sekarang, pasal ajaran sesat macam-macam. Kalau kita nak berfikir, mesti kita perasan yang semua ni menunjukkan yang betapa kelirunya orang Islam sekarang, tapi fitrahnya tetap nak mencari kebaikan dan kebenaran. Kalau tak takkan Ayah Pin ada macam-macamgolongan pengikut. Cuma orang-orang yang nak mencari ilmu ni akhirnya tersalah pilih guru. sebab tu usaha dakwah (dakwah ni pun berat bunyinya...)ni kena berterusan.Last sekali, ini semua semata-mata pendapat saya je..kalau salah tlg betulkan.xde niat nak tujukan kat sesapa..n harap takde yang amikpersonal.ok, terima kasih..




Dengan segala rendah diri, apa yang aku tulis ni berdasarkan kefahaman dan pemerhatian sendiri, dari dulu lagi. Mungkin ada yang tak setuju. Komen adalah dialu-alukan.

p/s: sampai hari ni perbincangan ni belum habis sebenarnya. tapi aku kesal, satu peluang bertukar-tukar fikiran dan mencari penyelesaian kemudiannya jadi tempat tuduh-menuduh dan serangan peribadi. aku cukup kesal.

Thursday, August 18, 2005

LLB ke LLBS?

Masa final task Aikol Apprentice hari tu, sementara tunggu judge bincang2 kat dalam conference rooom Law Centre tu, aku, hida dengan lia duduk kat area 'ruang tamu' Law Centre tu. Sekali dengan budak-budak group lagi satu-finalis ngan kitorang. So kitorang pun borak la sedikit sebanyak. Diorang tiga-tiga 2nd year. Lepas tu sorang tanya,

" Korang sivil ke syariah?"

Aku pandang hida ngan lia..(sebab selalu aku segan sikit nak cakap aku budak syariah.hehe). sebab diorang pun lambat nak jawab, aku cakap la,

" Aku syariah..diorang ni sivil."

Lepas tu budak yang tanya tu cakap,

"Oo. Mm..nampakla."

Spontan kitorang tergelak.Haha. terserlah sangat ke 'nur' kat wajah (wajah la kan..) aku ni? (poyo..). pastu Hida plak kata, "Nape? Kitorang (dia + lia) tak nampak baik ke?"

Seriously, DO I LOOK THAT INNOCENT?

Sebenarnya bukan kali ni je. Dah zaman-berzaman dah, kebanyakan member-member aku, dari zaman sekolah sampai la sekarang ni, cakap yang kalau tengok aku first time mesti ingat aku pendiam, serius, baik (ni yang paling tak tahan sekali) dan macam-macam la yang sewaktu dengannya. Lepas dah kenal baru tau. As the saying goes, "Appearance can be deceiving."
Ada sekali tu, aku jadi komiti untuk satu program. Satu hari ni kitorang kena cat banner. kawan-kawan aku tak sampai lagi. yang ada komiti-komiti yang aku tak berapa kenal. lepas tu ada sorang ni panggil aku 'akak' dengan konfidennya. aku rasa dia macam batch aku gak, tapi tak sure. so aku layan je la. pastu kawan aku datang. bila dia dengar yang sis tu panggil aku akak, dia cakap la "eh, nape panggil dia akak? zaza baya kita je la.." sambil gelak2. pastu sis tu kata, "La..yeke. Takdela, nampak macam 'respectable' person je..panggil la akak."

Ok, aku rasa aku kena buat declaration kat sini. Bak kata Britney Spears, "I'm not.that.innocent."

APPRENTICE! APPRENTICE!

AIKOL APPRENTICE in conjunction with MILLEF 2005

The game:
Inspired by the famous tv show, Donald Trump's The Apprentice, AIKOL APPRENTICE aimed to find the first ever apprentice among the law students. Participants worked in group of three and were tested in various skills, more than just legal.

The players:
5 groups, 4 female groups and 1 male groups.

NETWORTH CORP :
Aku, Hida and Lia.


FIRST DAY: INTRODUCTION & FIRST TASK

First day, only Hida went for the briefing on behalf of our group. She had to choose the name for our group, and she chose NETWORTH, taken from the group name in the latest The Apprentice. Each participants were given a 'life tag'. Upon elimination, the life tag must be returned. We were told that there would be cameras following and recording our movement.

4TH DAY : FIRST TASK - CLIENT COUNSELLING

Project Manager: Hida

The topic was given on the first day which is defamation. So we had to read up and discuss whatever we need to prepare for the task. The time given was 20 minutes per group. It was a Nasha Aziz's case. We had Mdm. Ainul Jaria as the judge for our group in this task.

Judge's comments: We managed to build office atmosphere, managed to steer the conversation with the client to be on-track, seemed to be well-versed in client-counselling (luckily we have Hida!). Overall-we did ok.

5TH DAY : THE ELIMINATION

We got the highest mark for first task! APEX CORP which had the lowest were given the chance to defend themselves. I was astonished to see them suddenly blaming each other (like what you see on TV!), where the project manager claiming that the other two members did not respect her and they counter-claimed that she was incompetent. As a result, they're fired.
At least that's what we all thought. Four group remains.

6TH DAY : SECOND TASK - MARKETING

Project Manager: Zaza

Everyone had to be at Sayyidina Hamzah Sports Complex at 7.30 a.m. for the second task-selling mineral water and snacks. The time limit was until 2 p.m.The team with the lowest profit will be fired. The fastest team will get bonus marks. Our strategy was to sell to the lecturers - RM5 for mineral+2 snacks. The remainders were sold to 'unlucky' friends for RM2 per bottle and RM1 for 2 snacks. Two friends which got the bottle with the lucky number get free cd each - Kiamat Sudah Dekat and, er, I can't remember. We finished last.

Elimination was on that night. Our team managed to collect RM104, and comes second. The EXES (the one and only male group) got RM131. The group which had the lowest profit questioned the fact that the other groups used other items besides the mineral+snacks to attract buyers. Mr.Trump said they should use their own creativity, and they should have asked the committees whether that was allowed or not.

They were fired. Three group remains.

The third task was given. To be presented in two days. By this time, posters of our faces had been posted all over AIKOL as participants of AIKOL APPRENTICE.

8TH DAY : THIRD TASK - LEGAL SKETCH

Project Manager: Lia

Imagine. We got the task on Wednesday night. All three of us have packed schedule on Thursday, and on Friday night we have to present the sketch. And one of the judges would be Prof. Madya A. Razak Mohaideen. And there would be votings from the audiences.
So on Wednesday night we immediately read the case given, which was a murder case, make a rough list of what's needed and contacted potential 'actors'. Prepared the script on Thursday night into the wee hours of the morning. Friday morning, picked up props and still looking for actors. We got none but actresses. Friday evening, a quick rehearsal, and on 8 p.m., the staging.

The marks would be based on 60% votes, 40% judges.

The result? Again, we got the highest vote!! So it is now between The EXES and VIDE CORP. In the and, VIDE CORP was fired.

THE FINALISTS: NETWORTH v THE EXES.

The final task was given, to be presented on the very next day.

9TH DAY : FINAL TASK - CONSULTANCY

Project Manager : Zaza

We stayed at the library from 9 a.m. - 2 p.m. The task was to convince the Board of Directors of our company to invest in a new development project - a shopping complex. The presentation was at the Conference Room, Law Centre in front of two judges, Mr. Trump and his 'executives'. One of the judge was a lawyer. Another was the Dean of the Business Administrations Dept., IIUM.
We were given twenty minutes to explain the whole project, and were attacked countlessly by the judges along the way.

The EXES' task was to make a development plan for a 6,000-acres-land.

Judges' comments: Our marketing skills was good, in the sense we were quite convincing, but the proposal and our development plan was rather weak. It lacked focus and details (well, considering we're not business students, i honestly think we did ok ;p).

SO, WHO WILL BE THE FIRST AIKOL APPRENTICE?

Notes:

1. Kesian sangat hida first day tu! Aku ngan lia ada hal..takleh gi briefing. Group lain semua cukup orang. Bila tengok balik video comel je dia diri sorang2 among other groups;p

2. Kitorang asalnya main-main je nak masuk tu..tak sangka dapat sampai final. cayalah korang!

3. Dah dekat 2 minggu, tak tau lagi sape menang sampai sekarang. Orang asyik tanya je. Patutnya announce masa dinner Millef, tapi asyik kena postpone. Tapi seriously, aku tak kisah sangat. sebab banyak gila sweet memories sepanjang competition tu:) And i honestly think the challenge was worth itself.

4. Malu siot muka tampal merata AIKOL ngan kat kolej sekali. sampai ada sorang sister yang aku tak kenal tetiba tegur aku 'akak masuk Apprentice eh?good luck!'

5. The first group yang kena eliminate, siap gaduh2 tu, sebenarnya committee. diorang berlakon je nak kasi cam Apprentice real. Tak guna. Aku ingat betul-betul.

6. Paling takleh lupa kena buat legal sketch dalam masa dua hari. Kitorang 3 org la pelakon, pengarah, scriptwriter, propsmaster, dan segala-galanya. Alhamdulillah pelakon2 kitorang semua hebat-hebat walaupun semua bidan terjun ;p. Dah la takde laki, sampai watak laki pun semua pompuan yang pegang.

7. Lagi satu malu bila pergi bilik lecturer-lecturer law jual air mineral RM5. Mau tak kena kecam gila-gila. Haha. Tapi kitorang buat tebal muka gak dengan prinsip "lecturer law semua kaya-kaya..jangan risau." Tapi aku rasa memang betul. Mostly just gelakkan kitorang tapi tak banyak soal sangat. Ada yang kata "Ha, takpela, kira derma untuk korang." Baik gila! Ini aku sayang lecturer2 law ni ;p.

8. Kawan2 yang tak 'bernasib baik' dan tak berkenaan pun terpaksa beli. tapi kitorang jual RM2 kat student, except Nad. Sorry la Nad, nanti kitorang belanja ko special eh! Sayang korang semua!!

9. K. kinah ngan k. nor lagi bes. Jumaat malam tu nak present sketch, jumaat petang kitorang terserempak ngan diorang-terus ajak berlakon sebab tak cukup orang lagi. nasib baik diorang sporting, dahla berlakon memang selamba nak mampus.. lawak gile ;)

10. Sepanjang minggu tu, kitorang asyik ingatkan diri sendiri ,we're here to have fun. kalau tak tensen gak la. Stay up buat script ape sume.

11. Nasib baik ada keta Hida yang banyak berjasa...

To Hida n Lia, nice teaming up with you guys!!! We did a great job together, right?Haha.

And to all friends (and dearest law lecturers as well), yang terlibat secara langsung @ tak langsung, yang bagi moral support, pinjamkan barang-barang untuk props, berlakon, beli air mineral-siap datang kat sports complex hari tu, tolong buat skrip, vote untuk kitorang..and baaaaaaanyak lagila! THANKS A LOT!!!

Insya-Allah, kalau kitorang menang, ada la habuan untuk korang ;)