Thursday, December 30, 2004

UPDATE

Entry kali ni khas ditujukan untuk ati..haha, dan beberapa org lain. Sebabnya diorg ni asyik bising2 aku tak update blog. bukak2 je "hohoho.."haha.(sila rujuk entry 'SURPRISE!!!'). Yang sebenarnya bukan aku tak nak update, tp ntah. For the time being kehidupan berjalan seperti biasa, dan sangat rutin. Tak ada benda menarik yang berlaku. Aku masih dalam 'perjuangan', atau lebih tepat lagi 'penyeksaan' untuk menggenggam segulung ijazah LLBS. Fuh, ayat skema tuu. Cuma aku rasa sekarang aku lebih berpijak di bumi yang nyata berbanding 2-3 sem yang lepas.

Ada perkara2 yang aku terfikir nak tulis kat sini, tapi macam tak sesuai. Pun begitu, ada banyak perkara yang berlaku di sekitar aku, cuma aku masih lagi dalam proses berfikir dan membuat kesimpulan.

Contohnya, kes Hasmawi dan 'bekas' tunangnya Norlida. betul, ini soal maruah. bak kata Norlida, 'bukan dendam yang menjadi soal, cuma ingin Hasmawi sedar hati dan perasaan bukan boleh dipermain-mainkan.'Ada banyak cerita aku dengar di sebalik kisah diorang berdua. Betul atau tidak aku tak tahu, jadi aku cuma boleh menilai dengan apa yang aku nampak pada 'permukaan'nya sahaja.

Kalau aku jadi Norlida, mungkin aku takkan saman Hasmawi. Kalau dari segi maruah dan harga diri, Norlida sudah menang sebenarnya. Hampir semua orang (setakat yang aku tahu) mengutuk Hasmawi. Kalau soal simpati, Norlida bukan setakat dikasihani, tetapi juga dikagumi kerana ketabahannya(?). Melainkan kalau saman itu bertujuan mendapat balik wang ringgit yang telah dikorbankan. Entahlah, cuma aku rasa soal hati dan perasaan ni lebih subjektif. Tapi ini kemungkinan sahaja, akan datang mungkin pendirian aku berubah.

Apa-apa pun, untuk semua yang mempunyai hati dan kemanusiaan, marilah menyumbang dalam apa jua cara untuk semua mangsa2 tsunami baru2 ini.tak dapat harta-benda, doa pun jadila....asal ikhlas.tapi loan/scholar semua dah masuk kan?;p

0 Comments:

Post a Comment

<< Home