Thursday, May 19, 2005

WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE?



Posted by Hello

Best gila buku ni. sangat simple tapi informatif, lurus-ke-arah-isi(straight to the point), thought-provoking, relevant, inspiring, full of guidance...love it.Lain dari apa yang aku expect. Aku bayangkan buku ni cuma akan jadi kesinambungan buku yang first, so i was expecting almost the same points, with more explanations and tips.

It turns out to be more than that. Even the prologue did not give a hint of what makes this book so special. Like the author said, 'Saya teringin benar nak bertemu sesiapa sahaja yang dapat membuktikan kecemerlangan hidup yang seimbang-orang alim yang kaya-raya.' Perfect example for hadis Rasulullah SAW, 'Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup untuk selama-lamanya, dan beribadatlah seolah-seolah kamu akan mati pada hari esok.'

It's a true story of how Dr.Rusly Abdullah Ph.D a.k.a. Chef Li, the author, faces one of the most difficult stages in his life. His business was on the verge of bankruptcy, his workers and relatives turned their back against him, government took away everything in his house in front of his wife and children, and he's being sued by so many lawyers he's afraid to open the mailbox. He chose to escape for a while. He took his bicycle,and told his wife he's going to cycle from Tanjung Malim to Kelang, sort things out and be back after a few days.

He soon learnt the most unforgettable experience in his life.

Memang ada banyak buku motivasi kat pasaran. dan buku-buku tentang nak jadi kaya pun tak kurang.Tapi inilah pertama kali aku baca satu buku yang motivating yet calming at the same time. Rasa bersemangat tapi tenang. Antara buku yang walaupun kita dah baca, tapi kita tetap nak beli jugak untuk simpanan sendiri (yang aku baca ni kakak aku punya). Sangat berbaloi.

Selama ni aku tak terfikir yang kita cuma ada satu sumber pendapatan, tapi pendapatan yang satu tu kita agih-agihkan kepada banyak pihak. Supermarket, penjual buku, Celcom, bayar kereta bulan-bulan, sewa rumah, tambang bas, tambang LRT dan sebagainya. Sebab tu ramai orang pendapatannya cukup-cukup je. malah ada yang tak cukup. Kalau orang yang berniaga, dia ada banyak sumber pendapatan. setiap orang yang membeli barang dari dia adalah sumber pendapatan. Sumber pendapatannya ramai, dan menyumbang duit kepadanya setiap hari.Orang lain, sumber pendapatan satu(majikan) dan masuk hanya sebulan sekali. Kalau student macam aku, duit scholar masuk setahun cuma dua kali.

Tapi ini point kecil je dari keseluruhan buku. Nak tau lagi kena baca sendiri. "Bacalah, kalau tidak kamu akan menyesal...":)


Posted by Hello

Yang ni buku first Chef Li.'Menjejaki Jutawan Senyap'. Pun bagus. Orang kata a real eye-opener.Tak ramai orang tahu berapa pendapatan peniaga-peniaga tepi jalan atau pasar malam sehari. sebulan. setahun. Tak ramai orang tahu yang mereka boleh memiliki BMW atau Mercedes, banglo besar, duit berjuta-juta dalam bank, pergi haji dan umrah dalam masa satu atau dua tahun sahaja. Dan zero hutang.

Secara peribadi aku lebih suka buku yang kedua, Petunjuk Jalan Kekayaan, tapi aku sarankan kepada kawan-kawan yang berminat nak baca supaya baca buku dia yang first dulu. Lebih kurang macam foundation kepada apa yang dia nak sampaikan.Dan jugak ada kemungkinan bila kita baca buku first, ada persoalan-persoalan yang timbul yang kemudiannya akan dijawab dalam buku second.

Zuhud bukan bererti membiarkan hidup kita dibelenggu kemiskinan. Dan kaya sebenarnya adalah satu kewajipan. Tetapi yang lebih penting lagi, adalah memahami erti kekayaan yang sebenarnya.

Thursday, May 12, 2005

REALITI TV

REALITI TV

Satu perkara yang sangat menjengkelkan aku sejak akhir-akhir ni adalah sindrom realiti TV. Sikit-sikit realiti TV. Buat program nyanyi realiti TV. Buat pertandingan teh tarik realiti TV. Buat pertandingan masak-masak pun realiti TV. Walaupun 'kegilaan' realiti TV ni dah lama, aku rasa sejak Akademi Fantasia, tapi sejak akhir-akhir ni makin menjadi-jadi pulak.

Dari satu segi, aku kurang setuju dengan penggunaan frasa REALITI TV tu sendiri. kenapa pulak semua penerbit @ stesen TV nak gunakan perkataan REALITI TV untuk semua rancangan terutamanya yang berbentuk pertandingan? Audition, Malaysian Idol, Who Will Win dan macam-macam lagila. Kalau setakat tunjuk sedikit-sebanyak persiapan peserta sebelum pertandingan dan sebagainya, pada aku itu tak menjadikan rancangan/program tu sebagai realiti TV. Itu DI SEBALIK TABIR. Macam kita tengok satu filem, lepas tu ada 'the making of...'.

Baru-baru ni aku baca suratkhabar, rancangan Mentor (kepada sesiapa yang tak tau, rancangan ni dikatakan lain dari yang lain sebab melibatkan penyanyi-penyanyi yang dah berpengalaman untuk mengajar setiap peserta) terbitan TV3, disebut sebagai SEPARA REALITI. separa ni dari segi apa pulak? kenapa tak sebut je PERTANDINGAN? kurang nilai komersil? tak nampak up-to-date? tak selari dengan trend?

Itu satu hal. Yang kedua, dari segi konsep rancangan tu sendiri. Kebanyakannya meniru satu sama lain. Aku rasa kita dah cukup banyak penyanyi. Sudah-sudahlah dengan wawasan 'nak melahirkan lebih ramai penyanyi dan penghibur yang versatil'. Bukannya salah nak berhibur, nak menyanyi. Aku sendiri pun enjoy dengar lagu dan kadang-kadang menyanyi sorang2. tapi sesetengah orang terpengaruh sangat dengan dunia glamour artis ni. akhirnya tak ke mana juga. Sesetengah, bukan semua.

Dulu orang forward kat friendster pasal realiti TV mencari 'Muslim Idol'.Haha. mungkin itu sindiran untuk Malaysian Idol dan juga nak menyedarkan kita sedikit sebanyak. Kalau ada penerbit berminat nak mengkaji lagi idea ni silakan.

Soal originaliti ni memang jadi masalah dari dulu lagi. orang suka ambil jalan selamat. ambik satu formula yang dah berjaya, tukar kulit sikit-sikit, jadi benda baru. tapi jarang kita tengok yang boleh betul-betul berjaya macam benda asal. yang aku tak faham, bila benda lama yang dah ok, pun terpengaruh dengan trend baru yang tak relevan. macam Bintang RTM. dah establish dari zaman dulu. nak jugak tiru stail SMS penonton. ada elemen sedih-sedih bila kalah dan sebagainya.

Orang suka Survivor. Sebab idea baru. Dan orang suka The Apprentice. Sebab original. Dan bila kita tengok, kita akan turut sama berfikir, kalau kita di tempat peserta tu, mampu tak kita buat tugasan tu? boleh tak kita sahut cabaran tu?

Program 'realiti' yang tak berbentuk nyanyian ada jugak, tapi tak banyak. dan ada yang ok, walaupun masih cedok konsep luar. contoh: Explorace=Amazing Race.

Akan datang pulak ada MENCARI CINTA kat TV3= Average Joe. *sigh*