Friday, August 27, 2004

CAUVINIS?

[asalnya ini komen untuk blog pakdi-entry Renung-Renung, Fikir-fikir...,tapi pastu terpanjang pulak..over limit.so aku letak kat sini je]

Aku masih fikir yang kalau nak maju, kita kena menggunakan bahasa kita sendiri. Aku tak fikir hujah dr. taufik yang kita tak boleh bandingkan negara kita dengan jepun, perancis dsb atas alasan mreka negara maju, dan kita negara membangun sesuatu yang munasabah. Adakah jepun, perancis ini dulu terus2 shaja pandai dan mencapai tahap negara maju? Amerika Syarikat pun dulu dijajah juga, oleh Britain, negara yang jauh lebih kecil, tapi kemudian tak timbul soal mengambil bahasa orang lain sebagai alat kemajuan dna penbangunan. Malah sekarang ni a.s dipandang seluruh dunia sbg antara kuasa besar yg paling berpengaruh.

Kalau dr taufik cuba mengatakan yang arab 'masih daif dari segi teknologi dan ekonomi-gagal mempertahankan maruah bangsa', tak ada satu bukti yang menunjukkan itu kerana ketaksuban bahasa. ini semua soal mentaliti dan sikap. Negara yang ada kekuatan ekonomi, tak nak menggunakan kekuatan itu bersatu menentang musuh islam.

Asas kemajuan dan pembangunan adalah ilmu. Bila ilmu dan kepakaran tak cuba diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda, maka itulah yang menyebabkan timbulnya jurang. Orang yang "intelek" akan terus bertutur dalam bahasa inggeris sbg bahasa ilmu, dan orang yang tidak menguasai bahsa inggeris terus tercicir.

Tak ada siapa yang menafikan bahawa b. inggeris memang b. ilmu yang dominan skrg ni. Dan tak ada siapa yang menafikan kepentingan menguasai b. inggeris, atau sebarang bahasa sekalipun.

Tapi kita ada DBP-bukan ke lebih baik kalau tindakan dua hala dijalankan secara serentak dan intensif-menguasai bahasa inggeris, (atau sbrg bahasa yg relevan) untuk menguasai ilmu itu sendiri, dan dalam masa yang sama bersungguh2 memindahkan ilmu tersebut ke dalam bahasa kebangsaan untuk jangka masa panjang?
Satu lagi, kalau kita ambil b. inggeris sbg bahasa rasmi untuk p&p sains dan matematik skrg, katakan 20-30 tahun lagi bahasa sepanyol cthnya mengatasi b .inggeris, adakah kita akan tukar pula b.sains dan matematik di sekolah kpd b. sepanyol?

maaf kalau menyinggung mana-mana pihak. ini sekadar pandangan peribadi aku sahaja.

Sunday, August 22, 2004

KAWENKAWEN

yaa..sorang lagi (opss..dua sebenarnya, pasal dua-dua pun kawan aku gak) akan menamatkan zaman bujang mereka. To Tisya n Farid, selamat jadi pengantin baru! tak sangka sebenarnya korang akan kawin secepat ini. aku ingat lambat lagi. untuk maklumat lanjut, sila klik kat sini http://jemputanperkahwinan.blogspot.com. haha..sekarang ni orang kahwin pun jemput pakai blogspot jek.

Tisya dengan Farid ni kawan aku masa sekolah menengah dulu. kapel pun dari sekolah lagi. start sejak form berapa tu, aku tak sure la pulak. bagus ah diorang ni...dahla dua-dua pun dapat fly gi australia, hm...padan sangat la diorang tu.

kiranya, diorang ni kawan aku yang (sepanjang pengetahuan aku la) keempat kawin. Before ni, kawan masa sekolah rendah satu, kawan masa sekolah menengah satu, kawan kat u satu.
kawan sekolah menengah tu, member aku cakap dah ada anak dua dah. aku pun dah lama tak jumpa dia. yang kawan u tu plak, baru sorang. sihat betul anak dia.

anyway, tahniah banyak-banyak untuk Tisya n Farid. semoga korang bahagia together forever sampai ke anak cucu, okay! kitorang semua tumpang gembira gak.

p/s: tak sabar nak gi kenduri korang. pastu boleh buat reunion semua member2 skali;p. aku miss diorang semua..

Monday, August 09, 2004

TAKDEPAPE;)

Aku tak balik cuti seminggu ni. Bila cerita kat orang, semua orang pelik. “ kenapa? Kenapa zaza?” cewah. cam ajaib sangat je. Tapi kalau aku dulu pun dengar orang tak balik cuti seminggu mesti aku pelik. Buat apa dok kat uia ni sorang2?

Tapi dalam keadaan aku sekarang ni memang aku rasa aku tak boleh balik. Kalau aku balik gak aku tak tau bila lagi aku nak cover stadi dan siapkan segala yang patut.
Kawan-kawan aku bila aku cakap aku tak balik langsung sebab nak study lagila diorang kagum.haha.Diorang tak tau betapa ketinggalannya aku. Aku nak explain banyak2 malas la kan. Lagipun lepas habis semua test, kalau aku nak balik pun bolehla balik dengan hati yang tenang. Kak ani pesan kat aku “ kunci pintu selalu..jaga diri bebaik.” Haha. Kak ani memang caring. Kakak mithali la katakan. Nasib baik blok aku ramai jugak yang tak balik.

Semalam aku baca Bicara Agama kat utusan. Sedih juga. Astora Jabat ni memang pelik. Teringat pulak kat ustaz usul fiqh aku. Sekarang ni orang yang tak berkelayakan berebut2 nak keluarkan ‘fatwa’. Fatwa orang yang betul2 layak pulak ditolak dan dihentam teruk. kan ke kalau nak menolak sesuatu pendapat ulamak tu kena ada hujah yang kuat dan bersandarkan nas2 yang betul? Bukan hujah2 yang berdiri ‘atas angin’ dan lojik akal semata2. er..aku pun bukan la pakar, lebih2 lagi dalam bab2 macam ni. Tapi aku rasa sesetengah diorang ni, orang yang tak pakar dalam bab agama pun boleh nampak salahnya pendapat diorang.

Para sahabat dan imam besar dulu2 pun kalau nak berikhtilaf, ada adab dia. Hujah yang kuat, pastu sentiasa merendah diri dan tak pernah nak mengaku yang diorang sentiasa betul. Ingat senang2 je ke nak keluarkan ijtihad? Tak boleh ikut kepentingan sendiri. Banyak ilmu kena kuasai, antaranya kena betul2 faham bahasa arab dengan loghat dan dialeknya sekali, usul fiqh-kaedah2 mengeluarkan hukum dari nas, ulum quran, ulum hadis- macamana nak mengenal hadis yang sahih yang oleh diterima pakai, dan banyak lagila. Aku pun tak ingat semua.

Hari tu masa bukak booth masa Millef’04, sempat borak2 ngan orang BPR. Mula2 tu borak biasa je, tapi yang kelakar tu tetiba ada sorang makcik datang. Mula2 dia cerita pasal silat dan pengalaman dia belajar ilmu sesat (sekarang dia dah buang la semua tu), pastu camana tah masuk pasal politik. Pastu faham2 je la. Aku tanya kat pakcik BPR tu, “BPR camana sekarang? ‘Bersih’ ke?” dia kata jabatan tu memangla bersih, orang yang kat dalam tu la yang tak bersih. Biasala, mana2 pun ada yang korup sekarang ni. Cuma kalau dah terbukti bersalah tu diorang buang la. Yelah, kalau tak buang aku tak tau la.

Lecturer2 law, especially yang syariah, selalu pesan, “ kamu semua ni la nanti yang bertanggungjawab nak membetulkan apa yang tak betul dalam sistem sekarang ni.” hmm.aku rasa, kalau la british tak datang dan implement English law kat Malaysia, mesti kita pakai Islamic law sampai sekarang dan Islamic law dah berkembang pun. Tapi kita tak boleh cakap. Mesti ada hikmah sebalik semua ni. Kan?


Saturday, August 07, 2004

FORGIVE N FORGET

Siapa tengok cite Table For Two tadi?aku suka ayat2 penutup diorang walaupun aku tak la ikut setiap episod. Ini yang tadi punya.

"We always hope that our parents be perfect, to hold us and tell that everything's ok, but sooner or later we are the one they depend on, for support, for comfort and for strength.

Because they grow old, and we grow up."

Hope I would have heard this earlier.