CAUVINIS?
[asalnya ini komen untuk blog pakdi-entry Renung-Renung, Fikir-fikir...,tapi pastu terpanjang pulak..over limit.so aku letak kat sini je]
Aku masih fikir yang kalau nak maju, kita kena menggunakan bahasa kita sendiri. Aku tak fikir hujah dr. taufik yang kita tak boleh bandingkan negara kita dengan jepun, perancis dsb atas alasan mreka negara maju, dan kita negara membangun sesuatu yang munasabah. Adakah jepun, perancis ini dulu terus2 shaja pandai dan mencapai tahap negara maju? Amerika Syarikat pun dulu dijajah juga, oleh Britain, negara yang jauh lebih kecil, tapi kemudian tak timbul soal mengambil bahasa orang lain sebagai alat kemajuan dna penbangunan. Malah sekarang ni a.s dipandang seluruh dunia sbg antara kuasa besar yg paling berpengaruh.
Kalau dr taufik cuba mengatakan yang arab 'masih daif dari segi teknologi dan ekonomi-gagal mempertahankan maruah bangsa', tak ada satu bukti yang menunjukkan itu kerana ketaksuban bahasa. ini semua soal mentaliti dan sikap. Negara yang ada kekuatan ekonomi, tak nak menggunakan kekuatan itu bersatu menentang musuh islam.
Asas kemajuan dan pembangunan adalah ilmu. Bila ilmu dan kepakaran tak cuba diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda, maka itulah yang menyebabkan timbulnya jurang. Orang yang "intelek" akan terus bertutur dalam bahasa inggeris sbg bahasa ilmu, dan orang yang tidak menguasai bahsa inggeris terus tercicir.
Tak ada siapa yang menafikan bahawa b. inggeris memang b. ilmu yang dominan skrg ni. Dan tak ada siapa yang menafikan kepentingan menguasai b. inggeris, atau sebarang bahasa sekalipun.
Tapi kita ada DBP-bukan ke lebih baik kalau tindakan dua hala dijalankan secara serentak dan intensif-menguasai bahasa inggeris, (atau sbrg bahasa yg relevan) untuk menguasai ilmu itu sendiri, dan dalam masa yang sama bersungguh2 memindahkan ilmu tersebut ke dalam bahasa kebangsaan untuk jangka masa panjang?
Satu lagi, kalau kita ambil b. inggeris sbg bahasa rasmi untuk p&p sains dan matematik skrg, katakan 20-30 tahun lagi bahasa sepanyol cthnya mengatasi b .inggeris, adakah kita akan tukar pula b.sains dan matematik di sekolah kpd b. sepanyol?
maaf kalau menyinggung mana-mana pihak. ini sekadar pandangan peribadi aku sahaja.
1 Comments:
Orang Melayu kena banyak-banyak mengaji fasal bahasa, baru sedap bertingkah hal bahasa. Tak guna kalau asyik bertelingkah fasal bahasa hingga bangsa sendiri yang rugi. Padahal tidak setara mana pun ilmu bahasa kita.
Post a Comment
<< Home