Monday, March 06, 2006

MAN & WOMAN

Baru-baru ni aku tengok Melodi. Bila tengok Fara Fauzana berceloteh, serta-merta aku teringat Pancaindera yang aku baca beberapa minggu lepas (dia jadi cover). Dalam tu, wartawan tanya dia, kenapa dia berhijrah dari radio Era ke Hot.fm? Tak takut ke orang kata tak kenang jasa?

Terus je muka dia berubah. Sedih. Sebak bila dengar soalan tu. Lepas tu dia jawab, (lebih kurang laa..) "Saya sedar Era banyak menaikkan nama saya. Tapi ini soal kita hendak maju ke depan. Soal apa yang kita mahu dalam hidup." Sambil sapu-sapu air mata takut mengalir.

Aku pun angguk-angguk sendiri. Aku rasa aku boleh faham la kenapa dia sedih (ceewahh:P).

Tak lama lepas tu, aku terbaca pulak interview dengan Wan Kamarudin (ingat Edisi Siasat?"Apa kejadahnya semua ni?"). Sekarang dia dah masuk RTM. Buat rancangan 'Bongkar' pulak.

Sama jugak, wartawan tanya dia, kenapa tinggalkan NTV7?

Terus je dia jawab, "Kita hidup kena pandang ke depan. Tak perlu ungkit-ungkit benda yang dah lepas." Dengan tegasnya.

Wow, aku terfikir. Betapa berbezanya lelaki dengan perempuan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home