Monday, February 27, 2006

ANIME

Hujung minggu lepas aku kekurangan kerja. Jadi aku ke bilik member, meminjam komik lama2 dan baru. Kemudian aku terbaca satu ruangan, (ingat lagi tentang isu anime lucah yang dikontroversikan di Harian Metro tak lama dulu? Ramai penggemar anime yang marah, sebab yang 'kotor' itu bukannya anime secara umum, tetapi satu sub-genre sahaja-hentai.)

Ruangan itu menegur kesilapan tersebut. Seterusnya menerangkan pelbagai lagi sub-genre yang ada untuk anime. Kemudian aku terbaca,

"Kodomo (bukan kodomo lion)
Anime khas untuk kanak-kanak. Biasanya memberi tumpuan kepada nilai-nilai moral.
Contoh: Doraemon, Chibi-Maruko Chan, Shin Chan."

Haha. Shin Chan, dan nilai-nilai moral?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home