Friday, March 24, 2006

FINAL

Kawan-kawan dan para pengunjung yang dihormati :) ,

Untuk makluman, blog ini akan direhatkan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada final exam yang akan berlangsung mulai esok sehingga 9.4.2006.

So, kalau ada komen2 yg tak berjawab, mintak maap byk2 ye!:D

p/s: Wish me luck..final sem tuu..

(huda, bes la ko..dok sane takyah amik xm. huhu.)

Sunday, March 19, 2006

UNTITLED (2)
(kerana tiba-tiba aku sudah penat menjadi serius :D)


Rasa ini bukan dipinta
Entahkan benar entahkan dusta
Mungkinkah jujur hanya di mata
Atau memang sebenar cinta

Dalam sukma ada getaran
Hendak disimpan menghimpun beban
Andai diluah terasa segan
Dapatkah angin mengirim pesan?

-zaza


(tolong, jangan kata aku jiwang. Ini hanya idea spontan yang timbul sewaktu bertukar-tukar puisi dengan kawan-kawan:) )

Wednesday, March 15, 2006

http://jurnal.biz/juring

Friday, March 10, 2006

RESPEK

Pada aku, kalau kita memberi kritikan, atau pendapat menentang pandangan seseorang tu, tak kiralah sama ada dia lebih tua atau lebih muda daripada kita, sebenarnya bukanlah bermaksud kita tak hormat pada dia.

Sebaliknya, sebab kita hormatlah kita kritik dia. Sebab kita yakin dia sudah cukup matang untuk menerima kritikan. Dan sebab kita yakin yang dia mampu menjawab kritikan tersebut.

Dan yang paling penting, sebab kita tahu yang dia tak akan menganggap kritikan tu sebagai serangan peribadi untuk menjatuhkan nilai dirinya, tetapi satu penghormatan, bahawa pandangan dan pendiriannya diiktiraf oleh orang lain.

Monday, March 06, 2006

MAN & WOMAN

Baru-baru ni aku tengok Melodi. Bila tengok Fara Fauzana berceloteh, serta-merta aku teringat Pancaindera yang aku baca beberapa minggu lepas (dia jadi cover). Dalam tu, wartawan tanya dia, kenapa dia berhijrah dari radio Era ke Hot.fm? Tak takut ke orang kata tak kenang jasa?

Terus je muka dia berubah. Sedih. Sebak bila dengar soalan tu. Lepas tu dia jawab, (lebih kurang laa..) "Saya sedar Era banyak menaikkan nama saya. Tapi ini soal kita hendak maju ke depan. Soal apa yang kita mahu dalam hidup." Sambil sapu-sapu air mata takut mengalir.

Aku pun angguk-angguk sendiri. Aku rasa aku boleh faham la kenapa dia sedih (ceewahh:P).

Tak lama lepas tu, aku terbaca pulak interview dengan Wan Kamarudin (ingat Edisi Siasat?"Apa kejadahnya semua ni?"). Sekarang dia dah masuk RTM. Buat rancangan 'Bongkar' pulak.

Sama jugak, wartawan tanya dia, kenapa tinggalkan NTV7?

Terus je dia jawab, "Kita hidup kena pandang ke depan. Tak perlu ungkit-ungkit benda yang dah lepas." Dengan tegasnya.

Wow, aku terfikir. Betapa berbezanya lelaki dengan perempuan.