FEMINISME (2)Dan semalam kawan aku bercerita, lecturer kami bercerita dalam kelas, tentang ada seorang budak lelaki, salah seorang student jugak, pernah berjumpa dia, meminta nasihat. Tentang betapa dia sangat sukakan seorang budak perempuan ni, rakan sekelasnya, dan betapa dia sangat ingin mendekati budak perempuan tersebut, dan meminta pertolongan lecturer kami supaya boleh menjadi orang tengah, atau sekurang-kurangnya memberi pendapat untuk dia memulakan langkah.
Kemudian Madam (lecturer tersebut) bertanya, "Kenapa awak suka sangat kat budak perempuan ni?"
Katanya, "Saya suka tengok betis dia."
(dan saat mendengar cerita ini, aku dan kawan yang turut sama mendengar terlopong. Tak mampu berkata apa-apa.)
Mungkin dia ternampak betis perempuan tu semasa kainnya terselak, atau semasa menaiki tangga, atau...aku tak pasti.
Madam terdiam, tetapi cuba untuk tidak menjadi
judgmental. Dia bertanya lagi kepada budak lelaki tersebut, " Baiklah, saya beri awak satu senario. Katakan suatu hari awak berjaya mengahwini perempuan ini. Kemudian, semasa berbulan madu, dan ketika awak dan dia mandi di satu pantai, tiba-tiba kaki dia disambar jerung. Putus kedua-duanya. Awak masih sayangkan dia?"
Kali ini, budak lelaki itu yang terdiam.
Kaum lelaki, sesungguhnya betis tak menjamin kebahagiaan.
p/s: Nama lecturer dan budak lelaki terbabit terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan:)