Monday, February 28, 2005

ZUHIR HAJI SAARI

ha..tau tak sapa ni? kalau sebut U-wei Haji Saari mungkin kenal. semalam aku baca interviu dengan dia kat Mingguan Malaysia. best baca pemikiran orang-orang macam dia ni. setuju tak setuju belakang kira, sebab yang penting kita dapat perspektif baru dalam melihat ke arah sesuatu isu.

dalam banyak-banyak jawapan dia, aku tertarik dengan jawapan dia bila ditanya tentang perlunya ilmu di kalangan pembikin filem;

"Maklumat bukannya ilmu. Ilmu bukannya bijaksana. Bijaksana bukanlah kebenaran. dan kebenaran bukan perkara yang terbaik pun."

Apa pendapat korang?

Tuesday, February 22, 2005

LOVE..IS IT ENOUGH???

a friend of mine had a break-up recently. i'm not very close with him, though, but i've known him for quite a long time. and we have this circle of friends where words do get around among us, almost like one big family, i suppose.

they've been together for about 3 years, and now there's a third person between them. he's willing to forgive, but the girl decided otherwise. and so they broke up.

sure enough, it's not fair to blame either the girl or the guy. let their own heart judge for themselves.

what touched me was the words of the guy,

"Ketika ku sangkakan puncak sebuah cinta itu adalah mengorbankan kepentingan diri demi dia yang tersayang, rupanya kemuncak sebuah cinta itu adalah kerelaan melepaskannya pergi demi dia mencapai kebahagiaan."

i guess this would be one of the most valuable lessons he learnt in life.

Tuesday, February 08, 2005

CINTA YANG TIGA, KINI TINGGAL DUA....(CONTINUED)

...sementara tunggu mak dia sediakan makanan tu, Mat terus tibai2 lagi bapak dia. bila mak dia keluar dari dapur, mak dia dah tak tahan sangat, tiba2 mak dia ambik dulang dan pukul Mat sekuat hati, pukul lagi dan lagi dan lagi...Tiba2 Mat rebah.

Mak terus pukul Mat sambil menangis2..'kenapa buat kami macam ni...'Ayah Mat pulak masih terduduk kat tepi. tak lama kemudian mak pun berhenti pukul Mat.

Ayah kata, Eh maknya, kenapa dengan Mat ni? Apa awak buat kat dia ni? Mak pun kata, tak tau..kenapa dengan Mat ni.tiba2 aje ni..
'Mat, Mat, bangun nak..kenapa ni..?' Mak dan ayah berusaha sedarkan Mat. Tapi Mat tak bangun2 jugak.

Lepas tu ayah kata, agaknya Mat ni tidur tak..dia penat tadi ni. baru balik. tak makan lagi. isy..tu lah. main sampai tak ingat nak balik rumah.hai...Mat, Mat.
Mak pulak sambung, ha'ahla.Mat ni tidur agaknya..hai kesian dia.

Kemudian ayah angkat kepala Mat dan letak atas riba dia dan usap2 kepala Mat. Mak, pergi ambil makanan tu. biar saya suap Mat ni.lapar agaknya dia.
Ha, yelah2.kata mak. kemudian mak ambil sepinggan nasi /bubur dan bagi kat ayah. Mat, meh makan Mat, ayah suap ni. sian anak ayah ni. sambil menyuapkan Mat sesuap demi sesuap.

Mak pulak ambik kain2 yang belum habis dilipat tadi sambil lipat di sebelah Mat. Nanti bila kita dah tua, Mat dah besar, tentu dia jaga kita, sayang kita, kan bang.ayah kata, ha'ah. sambil nyanyi2 mendodoikan Mat.

Bila ayah Mat alihkan tangan dia dari bahu Mat, aku nampak nasi2 dah penuh bertaburan atas baju Mat yang terbaring kaku...

Tirai ditutup.

Thursday, February 03, 2005

Life Quest 2005

malam tadi aku tengok LifeQuest 2005 kat main auditorium.masuk bayar rm2 yang katanya akan disumbangkan kepada mangsa tsunami. secara keseluruhannya aku rasa terhibur sangat2. sayang, promosi kurang. kalau hebat lagi tentu ramai gila yang datang.

antara yang dipersembahkan malam tadi-teater pendek, drama panjang, band, poetry, cak lempong, tarian, didgeridoo(alat muzik orang asli) dan macam2 lagila. oh ya, lupa pulak, stand-up comedienne pun ada [pelawak yang bercakap dengan penonton dan buat lawak sorang2 atas pentas]. yang aku rasa kelakar sebab di akhir2 event ada jugak terselit satu kumpulan nasyid. takdela, sebelum tu band yang rock gila headbanging la hapabenda, tetiba ada nasyid. semua orang pun insaf sekejap.

antara yang sangat menarik perhatian aku ialah teater pendek (short play) pasal anak derhaka sebab cerita dia cam psycho sikit. tajuk dia Cinta Yang Tiga, Kini Tinggal Dua...lagi satu ialah spoken word performance. aku tak tau la apa istilah untuk konsep persembahan ni, tapi ada 2 orang sister recite poem dan jugak bercerita, with rhyme dengan iringan gitar dari sorang brother. poem tu sangat indah. bravo sister! stand-up comedienne pun best gak. dia banyak menyindir sistem kat uia-contohnya pasal speed bumps yang "before you pass the first bump, you already see the second".haha. pasal klinik yang kita sakit apa pun, doktor akan bagi panadol, dan macam2 lagi.

CINTA YANG TIGA, KINI TINGGAL DUA...

cerita dia macam ni. start2 tu mak dia duduk lipat kain. kemudian ayah dia datang. borak2. mana anak diorang tak balik2 lagi, ingat tak nakalnya anak diorang, Mat masa kecik dan sebagainya. syukurlah, orang lain bila dah tua2 anak tinggalkan, tapi diorang anak main sayang.

lepas tu anak dia balik dengan gaya yang sangat kerek. terus duduk atas kerusi dan campak baju yang dah pakai kat lantai. mak ayah dia terus gelabah dan sambut anak tu-tanya dah makan ke belum, penat ke dan sebagainya. bila ayah dia tunduk depan dia nak kutip baju kotor tu, dia pun angkat 2-2 kaki atas badan ayah dia untuk betulkan kasut. ayah dia pulak biarkan sambil cakap kat mak dia, ha cepat sikit sediakan makan tu, Mat lapar ni! mak dia pun, ya, ya!sambil kelam-kabut.

bila makanan dah siap, ayah dia pun berdiri sambil tengok Mat makan. mak tanya, ayah tak nak makan sekali ke? takpe2, awak layan Mat tu. awak jangan ajak dia bercakap sangat. dia penat tu. lepas tu ayah dia duduk sebelah Mat. tiba2 Mat sembur makanan dalam mulut dia kat bapak dia. mak dia terus risau, kenapa Mat, tak sedap ke? bila Mat bangun dan sepak2 bapak dia,mak dia kata-mintak maaf Mat, mak yang salah,pukul la mak ni.ayah kamu tu tak sihat.sambil nangis2. ayah dia pulak dah jatuh dan kata,takpe2 maknya, awak pergi masak semula lauk tu,tambah garam lagi.tak ade rasa tu. mak kata ya,ya dan terus menangis.....

[to be continued]