Thursday, December 30, 2004

UPDATE

Entry kali ni khas ditujukan untuk ati..haha, dan beberapa org lain. Sebabnya diorg ni asyik bising2 aku tak update blog. bukak2 je "hohoho.."haha.(sila rujuk entry 'SURPRISE!!!'). Yang sebenarnya bukan aku tak nak update, tp ntah. For the time being kehidupan berjalan seperti biasa, dan sangat rutin. Tak ada benda menarik yang berlaku. Aku masih dalam 'perjuangan', atau lebih tepat lagi 'penyeksaan' untuk menggenggam segulung ijazah LLBS. Fuh, ayat skema tuu. Cuma aku rasa sekarang aku lebih berpijak di bumi yang nyata berbanding 2-3 sem yang lepas.

Ada perkara2 yang aku terfikir nak tulis kat sini, tapi macam tak sesuai. Pun begitu, ada banyak perkara yang berlaku di sekitar aku, cuma aku masih lagi dalam proses berfikir dan membuat kesimpulan.

Contohnya, kes Hasmawi dan 'bekas' tunangnya Norlida. betul, ini soal maruah. bak kata Norlida, 'bukan dendam yang menjadi soal, cuma ingin Hasmawi sedar hati dan perasaan bukan boleh dipermain-mainkan.'Ada banyak cerita aku dengar di sebalik kisah diorang berdua. Betul atau tidak aku tak tahu, jadi aku cuma boleh menilai dengan apa yang aku nampak pada 'permukaan'nya sahaja.

Kalau aku jadi Norlida, mungkin aku takkan saman Hasmawi. Kalau dari segi maruah dan harga diri, Norlida sudah menang sebenarnya. Hampir semua orang (setakat yang aku tahu) mengutuk Hasmawi. Kalau soal simpati, Norlida bukan setakat dikasihani, tetapi juga dikagumi kerana ketabahannya(?). Melainkan kalau saman itu bertujuan mendapat balik wang ringgit yang telah dikorbankan. Entahlah, cuma aku rasa soal hati dan perasaan ni lebih subjektif. Tapi ini kemungkinan sahaja, akan datang mungkin pendirian aku berubah.

Apa-apa pun, untuk semua yang mempunyai hati dan kemanusiaan, marilah menyumbang dalam apa jua cara untuk semua mangsa2 tsunami baru2 ini.tak dapat harta-benda, doa pun jadila....asal ikhlas.tapi loan/scholar semua dah masuk kan?;p

Thursday, December 09, 2004

SURPRISE!!!

HOHOHO....semalam adalah hari yang sangat hepi.tu sebab aku senyum meleret sampai ke hari ni. ceritanya adalah seperti berikut:-

Semalam aku lepak ngan k. ani seperti biasa (kat lib tuu..bangga sket sbg orang yang tak suka gi lib). Memula nak ajak k.ani gi planet, bukak puasa..pastu tak jadi lak pasal ada pasar malam n diorang kata kita gi lain kali la.

Balik bilik, lepak ngan bai lak, tetiba mar msg kata munah ajak gi pasar malam. aku ingat nak beli kat cafe je, so aku kata kat mar, takpe ah, aku malas. tq. tak lama pastu munah lak msg. demi tak mengecikkan hati kawan2, aku pun ikutla.

Munah kata kat aku saja je ajak, sebab dah lama tak makan ramai2. dan memang ramai pun smlm. sume pakat makan kat bilik munah(merangkap bilik ein n mira). lepas smayang n duduk2, aku pun capai karipap yg sangat sedap (betul, karipap kat pasar malam ni mmg sedap), dok gelak2 ngan ati yang dah kelaparan. tetiba diorang tutup kipas. pehal lak. aku buat bodo je la.

Dengan tak semena-mena..."HAPPY BIRTHDAY TO U...."diorang nyanyi ramai2. mar bawak muffin yang dicucuk lilin sebatang (hint:lain kali kalau ada kek lagi bes:))). HAHAHA....tak guna betul. blank kejap aku. tangan pegang karipap lagi tu. yela, mana aku tak terkejut, besday aku aritu dah lama dah. pastu diorang dok gelak2 misteri cam ada makna. sapa tah kata, kitorang nak suruh ko kawin. aku langsung tak paham. pastu mar pun hulur kat aku kad, n paper bag. bebudak ni dah buat macam2 bunyi dah. makin konpius aku.

WAA..aku tengok je dalam paper bag tu...terus aku menjerit. diorang semua pun apalagi, menjerit la sekali. aku rasa satu blok tu dengar kot. ada jam SWATCH yang memang dah lama sangat aku teringin nak beli. pastu baru aku teringat, aku pernah cakap, nanti hantaran kawin aku nak jam Swatch. tak kira. haha.

Yang paling hampeh, tengah excited2 tu automatik pulak aku 'ter'menangis...di luar kawalan. ada ke patut diorang ni pun ada yang menangis. haha. terharu beb.

To everyone who was there last night, it was wonderful. And to everyone who was not there, but has contributed in any way, thank you so much. aku tak tau nak cakap apa lagi. MAR (who i believe n was told to be the 'nadi' of the whole thing), MUNAH, EIN, MIRA, ASNI, ATI, NIK, INA, LILI, SASHA, AF, MASHI, K. ANI n semua yang aku tak tersebut kat sini(hopefully takde yang tertinggal), hehe..u guys r the best!!!

Wednesday, December 08, 2004

I'm trying to 'detach' myself from the internet n the cyberworld...only temporarily.hehe.nampaknya macam dah berjaya..hoho sebab akhir2 ni bila aku masuk lab or cc, pas cek mel blank jap apa nak buat. dan aku dah tak gi lab sekerap dulu. ini semua sebab masa cuti raya aritu sebulan lebih tak online langsung kecuali masa nak tengok result.

anyway, nampaknya apdet blog ni akan sangat jarang-jarang buat sementara waktu.