Thursday, July 22, 2004

DEMOnstrasi

malam ini aku ada silat punya demo. insyaAllah aku akan main senjata, tapi sikit je la.nak tau senjata apa, datanglah malam ni beramai-ramai.

yang sebenarnya aku sangat takut. tak tau kenapa, tapi akhir-akhir ni rasa macam takut n saspen je kalau nak buat apa-apa depan public cam presentation ke apake. ntahpape. cewah...macam la selama ni kondifen sangat.

yang aku takut ialah aku akan memalukan diri sendiri dan nama silat. haha. bukan senang nak tengok budak pompuan kitorang buat public performance. mahalla konon.

anyway, aku dah berdoa dan aku harap apa yang aku buat ni berada di landasan yang betul. walaupun sebelum ini ada isu sket pasal demo ni, tapi alhamdulillah dah setel dan aku harap tak ada masalah lagi lepas ni. aku dah fikir dan pertimbangkan dari semua aspek. kalau ada pihak yang tak setuju lagi, nak tak nak aku terpaksa jawab. tapi buat masa sekarang ni aku dah malas nak pikir.

tapi aku belajar satu perkara. kita hidup tak boleh ego. kena pertimbangkan pendapat orang lain. boleh degil, boleh tegas, cuma kalau boleh biarlah atas pertimbangan yang adil dan seimbang. memang lah kita tak boleh ambil kira sangat pendapat orang, tapi kalau fikir betul2 pun macam lah pendapat kita tu betul sangat. kecuali kalau kita dah fikir habis2, dan kita rasa pendapat kita tu still yang terbaik, teruskan.

Monday, July 12, 2004

TUN FATIMAH

Dah tengok teater TUN FATIMAH di Istana Budaya? Lakonan mantap (boleh tahanle...) Hisham Ahmad Tajudin,Ismahalil Hamzah (aku tak tau dia boleh berlakon teater), Shaharudin Thamby, siapa lagi ya..dan oh, hero dan heroin baru filem melayu, JEHAN MISKIN DAN FASHA SANDHA!!!

Malam tadi buat pertama kalinya aku berkesempatan menonyon teater di Istana Budaya. Sebelum ini memang teringin sangat2, tapi sama ada masa tu aku tak ada duit, tak ada geng atau tak ada masa. First impression, aku bayangkan dewan pementasan Istana Budaya lebih gah. Tapi rupanya kecik je. Besar lagi Auditorium UIA aku rasa. dan aku ingat ada banyak dewan lain sebab dewan tu kecik, tapi rupanya memang tu je satu-satunya dewan yang ada. Tak apalah, yang penting "isi" nya betul tak?

pergi dengan Hida, Khalid, Ira, Ina dan Mar. Kesimpulannya, BEST!!!

Well, takde la best gila gempak punya. tapi ok. (This is not an expert talking, only a first-timer ok..)terutamanya bila masuk second half punya part. Mula-mula, memang aku rasa kecewa sikit sebab aku rasa teater macam ni tahap budak sekolah pun boleh buat, cuma mungkin dengan props yang tak secanggih tu.

Ada karakter watak yang kurang jelas, terutamanya Tun Fatimah sendiri. Sepatutnya kesrikandian, kebijaksanaan, kebolehan dan bla bla bla..TF kena ditonjolkan lagi. Contohnya tunjukkan babak TF dan kawan-kawan berlatih silat, ataupun sebarang babak yang boleh meyakinkan penonton. Maksudnya bina watak dia dulu. kita cuma tahu dia seorang "srikandi" berdasarkan lagu-lagu latar. malah, masa nak membalas dendam pada Datuk Mendeliar, kenapa dia menyuruh kawan-kawannya yang masuk menyerang? Macam cerita ketua samseng yang pengecut, dia suruh orang2 dia yang serang dulu.TF cuma beraksi beberapa saat bila Datuk Mendeliar turun lari dari rumah akibat diasak oleh rakan2 TF. Tendang sana tendang sini,tikam sana tikan sini, Datuk M pun mati.

Selain itu, aku rasa kekreatifan pun boleh ditingkatkan lagi.
Banyak babak yang stereotaip, terutamanya babak percintaan TF dengan Tun Ali (kat depan rumah TF). Si gadis malu-malu, si jejaka memuji-mujuk, nyanyi dsb. Cuba buat adegan macam diorang berkongsi pendapat berbincang pasal masa depan negeri Melaka ke..ha..barulah nampak matang. Kebanyakan babak very direct, tak ada simbolik-simbolik, mungkin kena dengan objektif pengarah nak memaparkan sejarah seadanya.

Perjalanan cerita bagaimana Sultan marah sebab Tun Perak tak mempersembahkan TF kepadanya pun nampak pelik. aku tak tau nak cakap macamana, tapi rasa macam ada lompong sikit. tak taula.

Lain-lain, antara babak yang aku rasa paling berkesan ialah semasa Sultan menghantar utusan untuk membunuh seluruh ahli keluarga Bendahara. I think Fasha did well here.

pelakon lain secara umumnya ok.Hisham Ahmad Tajudin good as always. tapi dia selalu bawak watak yang sami'na wa atho'na macam drama Rumah di Tengah Sawah. Tun Hasan (Ray..apatah)pun nampak menyerlah. Sultan dan Datuk Mendeliar tentu letih menjerit
untuk sepuluh hari berturut-turut.

Tarian dan nyanyian artis Istana Budaya? sangat enjoyable. ada masa-masa aku asyik tengok penyanyi kat bawah pentas daripada lakonan atas pentas.

Aku bagi 2 3/4 bintang untuk cerita ni.

Untuk sesiapa yang belum tengok, pergilah beramai-ramai ke Istana Budaya antara 9-18 Julai ini. Student dapat 20% diskaun dan beli 5 tiket dapat 1 free (kepada yang belum tahu).

BANGSAWAN TUN FATIMAH di ISTANA BUDAYA