Thursday, June 24, 2004

JAHAT YANG BAIK

Biasa tak dengar orang kata "aku ni mulut je jahat, tapi hati baik"?

Aku biasa. malah kadang-kadang aku pun guna ayat tu(bukan untuk aku la, untuk merujuk kat orang lain sebab aku tau aku memang jahat.haha.)tapi hari tu aku dengar satu talk. speaker tu kata sebenarnya ayat tu tak logik. dia kata kalau seseorang tu baik, hati dia baik, sepatutnya apa-apa yang dia cakap, buat, fikir adalah benda-benda yang baik-baik belaka. tiada yang tidak baik melainkan baik-baik belaka.

Kalau tanya aku, aku rasa apa dia cakap tu separuh betul separuh tak. memanglah setiap perlakuan kita akan mencerminkan dalaman kita yang sebenar, tapi kita ni hidup bermasyarakat. men are social by nature. ada masanya kita buat atau cakap sesuatu yang kita dah biasa dengar atau tengok orang buat. pengaruh alam sekitar. contoh: A buat joke. B terasa. padahal A tak bermaksud macam tu. maknanya apa yang keluar dari mulut A tu bukan datang dari hati dia.

Dari satu segi pulak, cakap speaker tu betul sebab sepatutnya setiap orang, terutamanya sebagai seorang Muslim kenalah sentiasa berjaga-jaga dengan setiap tuturkata dan tingkahlakunya.

Teringat pulak kat teori af (aku terlibat jugak ke af?;p). "kalau benda tu tak terlintas kat kepala atau hati kita, kita takkan cakap benda tu."haha.siapa yang paham tu pahamlah.

Sunday, June 20, 2004

CUTI PUNYA CERITA

pejam celik pejam celik cuti pun dah abes.sepanjang cuti aku tak dapat nak update blog.bukan takde cerita, tapi pc kat umah aku tu lembab gila.kitorang ingat nak hantar servis, tak terhantar-hantar.tapi cuti kali ni boleh dikatakan happening.macam-macam aku buat. aku pergi Pulau Pangkor, jadi 'mak' sementara, dan pergi camping.

CERITA CUTI SATU:CAMPING

hari khamis aku dah balik uia pasal baru abes program camping.bes gila.

masa camping tu aku buat flying fox buat pertama kali!!haha.memula tu cam biasa je.tapi time nak naik atas tempat 'berlepas' tu rasa gayat dan berdebar-debar pulak.nampak sayup2 je.kontrol je tanak menjerit.fuhh...nasib baik sampai dengan selamat.sorang ni pulak kesian..sangkut kat tengah-tengah.pastu orang yang jaga tu pun tolong tarik.korang yang belum pernah buat,kalau ada peluang tryla.tak rugi.

itu cerita flying fox.malam sebelum tu pulak kitorang naik hutan (jungle trekking)pukul 12 malam dan tak boleh bukak torchlight.yang ada cuma torcglight pegawai yang guide kitorang tu.itupun dia bukak sekali-sekala je.mencabar jugak la especially masa nak naik kat kawasan banyak batu-batu besar.tapi aku bukan participant.aku jaga checkpoint je.inilah pertama kali aku masuk hutan malam-malam buta.selalu buat petang.

yang menariknya, bila sampai kat atas tu, semua peserta akan dilepaskan sorang-sorang sekira-kira orang yang sebelum dia tu dah jauh dan tak nampak lagi.setiap orang hanya dibekalkan dengan sebatang lilin.kalau terpadam, meraba-raba la jalan dalam gelap sampai jumpa checkpoint.ada sorang participant cakap kat aku dia rasa terkejut sangat sebab tak pernah masuk hutan.sekali terus kena malam dan kena jalan sorang2.rasa nak menangis je.alhamdulillah semua selamat.

esoknya pulak, diorang buat riadah cara baru.ada banyak task.lepas setiap task, group yang kalah tu akan terkeluar.bila sampai kat dua group terakhir,korang tau apa task dia?setiap ahli kena berus gigi dengan berus yang sama yang dipass-passkan kat orang sebelah tanpa dibasuh.siap ada ubat gigi lagi.bila abes tu budak yang last sekali terus muntah.dasat2.hadiah yang menang tu pulak bukan bes pun. sebotol air coke je.haha.

CERITA CUTI DUA:AKU JADI 'MAK'

disebabkan kakak aku pergi kursus dua minggu, dan abang ipar aku pun kerja, semua anak2 diorang yang 5 orang tu pun dihantar ke rumah aku sepanjang cuti sekolah baru-baru ni.seminggu sebelum tu aku yang pergi kuantan jaga diorang.

hai.macam-macam perangai.dahlah semua laki,nakalnya bukan main.nasib baik adik-beradik aku yang lain pun ada.jadilah kitorang babysitter beramai-beramai.

yang paling nakal tu, yang nombor 4, nama dia mikhail.(aku pun tak sure ejaan nama dia nih,tapi sedara-mara selalu buat lawak "mikhail?izrail takde ke?").dari abang sampai ke adik dia semua dia kacau.satu hari tu dia mengamuk teruk gila pasal aku dukung dia paksa keluar kereta lepas balik dari kedai.yelah, nak duduk dalam kereta tu sorang-sorang tengahari buta macam tu, 'apa kejadahnya?'. dah masuk rumah tu aku terus kunci pintu. eleh, pastu sekejap je dia melalak.5 minit lepas tu dok tersengih2 balik.

malam tak payah cakap la.susahnya nak suruh tido.dah tido pulak, tengah malam tu menangis lepas sorang, sorang.hai...memang menguji kesabaran.

itu baru anak buah, anak aku besok, macamana la agaknya...;p

CERITA CUTI TIGA:PERGI PANGKOR
habis je final sem 3 tu, aku pegi Pangkor ngan member2(hanan, hajar, epit, minah, husna n aku).kitorang dok kat chalet ramai-ramai.pergi snorkeling, round satu pulau ikut jalan darat(naik van), round satu pulau ikut jalan laut (naik bot),mandi-manda, kutip kulit siput, n macam-macam lagi.release tension la konon.haha.

kitorang dok sana 3 hari dua malam.kos semua pun tak sebanyak yang dijangkakan, kira berpatutan la.tapi yang paling best, dan ini dipersetujui oleh rakan-rakan aku, ialah masa naik bot.waaa...dekat je air tu.tapi kena dduduk betul2.kalau tak tak balance.lain kali kalau pergi mana-mana pulau lagi kitorang nak cari bot dulu.haha.

sekian.