Thursday, May 20, 2004

PENDERAAN PALING KEJAM!!!



NIRMALA BONAT (gambar kiri), 19, adalah antara gadis yang paling gembira di Indonesia tahun lalu apabila mendapat tawaran bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Bagaimanapun, keceriaan Nirmala tidak berpanjangan. Dia dipercayai didera dan dicederakan di seluruh bahagian tubuh tanpa belas kasihan oleh suri rumah tempat dia bekerja di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. - Gambar BERNAMA.
--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 19 Mei - Kisah penderaan ke atas seorang pembantu rumah rakyat Indonesia semalam yang dizalimi tanpa hati perut - dijirus air menggelegak, ditekap seterika panas, dipukul dengan besi berbara tiada bezanya dengan perbuatan tentera penceroboh di penjara Abu Gharib, Iraq.

Cuma yang membezakannya ialah ia berlaku di Malaysia - negara yang kononnya mempunyai rakyat bertimbang rasa dan penuh kasih sayang.

Tetapi melihatkan gambar yang tertera di akhbar ini, di manakah perginya semua sifat itu? Persoalannya, apa sudah jadi dengan masyarakat kita?

Mengapakah manusia yang lemah seorang pembantu rumah yang mencuci punggung anak kita dan bermanja dengan mereka sanggup diperlakukan seperti binatang?

Nirmala Bonat, 19, warga Indonesia yang tiba di negara ini dengan harapan mencari nafkah halal, akhirnya terpaksa melarikan diri meminta pertolongan.

Gadis berasal dari Nusa Tenggara Timur, Kupang, Indonesia itu dipercayai didera teruk oleh majikan wanitanya sejak lima bulan lalu semasa bekerja di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail di sini.

Mangsa, antara lain, melecur pada kedua-dua buah dadanya akibat ditekap dengan seterika panas.

Bahagian belakang badan mangsa melecur teruk disiram air panas.

Begitu juga kedua-dua belah tangannya melecur akibat direndam dalam air panas.

``Saya terpaksa melarikan diri selepas tidak tahan dipukul setiap hari oleh majikan sejak lima bulan lalu,'' katanya kepada wartawan hari ini setelah menerima perlindungan di Kedutaan Indonesia di sini.

Menurutnya, dia mula didera selepas tiga bulan bekerja dengan pasangan suami isteri yang mempunyai empat orang anak itu.

``Kali pertama saya didera berpunca dari kesilapan kecil iaitu memecahkan sebiji cawan menyebabkan majikan saya berang lalu menyimbah air panas ke badan saya.

``Sejak itu sekurang-kurangnya sekali sehari saya dipukul walaupun ia hanya melibatkan kesalahan remeh-temeh,'' ceritanya.

Nirmala menambah, dia datang ke Malaysia melalui ejen pekerjaan yang sah untuk bekerja sebagai pembantu rumah pada September 2003.

Sebelum dihantar bekerja, katanya, dia terlebih dahulu dikehendaki menjalani latihan oleh ejen berkenaan selama dua minggu.

``Selesai latihan saya terus dihantar bekerja dan tidak menyangka akan dilayan dengan buruk oleh mereka,'' ujarnya.

Menurut Nirmala, perbuatan kejam seperti disiram dengan air panas, dipukul dengan benda keras atau menggunakan besi panas, hanya dilakukan oleh majikan wanita berkenaan yang tidak bekerja.

Majikan wanitanya itu juga didakwa telah memaksa Nirmala menandatangani sepucuk surat yang mengatakan Nirmala mencederakan dirinya sendiri bagi mengelakkan perbuatan itu terdedah.

Tambahnya, suami majikan wanita itu yang bekerja dengan sebuah syarikat perdagangan, tidak berbuat apa-apa walaupun dia mengetahui tindakan kejam isterinya.

Berikutan tidak tahan dengan penderaan yang dilakukan, Nirmala bertindak nekad melarikan diri apabila mendapat peluang berbuat demikian semalam.

``Pada pukul 3 petang semalam majikan saya sekali lagi mendera saya dengan memukul kepala saya menggunakan cawan besi sehingga bengkak kerana tidak puas hati dengan pakaian yang digosok.

``Dalam kekecohan itu saya berkesempatan melarikan diri keluar dari rumah itu dan bersembunyi di salah satu tingkat kondominium tersebut sebelum ditemui seorang pengawal keselamatan,'' katanya.

Pengawal keselamatan di kondominium itu menghubungi polis yang kemudian mengambil Nirmala untuk membuat laporan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selepas dirawat gadis itu diserahkan kepada Kedutaan Indonesia sementara menunggu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Hadi Ho Abdullah mengesahkan polis telah menahan wanita majikan Nirmala berusia 34 tahun untuk membantu siasatan.


MUKA DEPAN UTUSAN MALAYSIA 20/5/2004

Aku rasa dunia dah gila.

Wednesday, May 19, 2004

CUTI-CUTI MALAYSIA...

Ahaha..akhirnya aku dah abes xm final.walaupun aku rasa menyesal amik short sem sbb aku rasa produktiviti aku kurang sangat.aku belum penah cuti lama 3 bulan lagi sbb amik 3 short sem berturut2 sejak masuk uia ni.kiranya daripada taun 2001 la.

dgn cuti yang tinggal tak sampai sebulan (selepas ditolak tambah darab bahagi),aku nak ikut kawan2 bercuti kat Pulau Pangkor!!yeah2.tak sabarnya. dah lama tak main pantai.papehal kena tipon mak abah dulu.

pastu, balik uia utk sem 1 dgn semangat dan azam yg baru!!bye2 semua n jumpa lagi!!!

Saturday, May 15, 2004

LOGO



YEAH!!DAH ADA LOGO!!

mar buat.

Monday, May 10, 2004

PARTNERSHIP PROGRESS

Report on our(my friend and I)business project:

(to those who do not know yet, we are selling HANDMADE greeting cards+bookmark, and oh, tags for committees as well:)

First and foremost, i would like to announce that we have,(after various quarrels and violent fights)finally decided on our business' name, i.e the ONEOFAKIND. this shall be an official name, used in all our commercial dealings. all letters, criticism, supports shall then be addressed to this name, from now onwards.

The business is looking good right now because we've managed to sell a couple of cards and bookmarks(I didn't expect people to be really interested in those stuffs in the first place). Cashes are flowing in, (though we haven't covered our costs yet,still a long way to go). we also have a couple of orders to make,plus the special requests. as for the tags, we have received order from the MOCK TRIAL team which is scheduled during the IIUM CONVEST 2004. hope we'll have the time to take care of all of it. special thanks to my friend, Epit who has proved to be a very regular and loyal customer to date.(hehe)

to all my potential customers out there, feel free to contact me or mar in case you want something fresh or more personal to give to your special ones, or even yourself. we accept orders, or you can also look at the ready-made ones to buy if you want to.

There is one more important thing that we need to clarify, though. we assure you that we are not taking unreasonably large profits from this business. all prices are determined by taking into considerations all the relevant factors:

+ materials used
+ the idea & design (complicated, simple, etc)
+ the efforts, and the hours taken
+ the overall costs (that is, the card/bookmark AND the envelope, if any)


Lastly, we wish to always bring you the best products with the best qualities.thank you so much.

Yours sincerely,
ONEOFAKIND

BLOG:A HISTORY & OVERVIEW

agaknya masuk sekarang ni dah sebulan lebih aku start buat blog.sebenarnya dulu aku nak buat website pasal family aku, tapi takde sapa nak ajar. yelah, kat sekolah masuk kelas komputer paling2 pun belajar basic applications..microsoft words, powerpoint etc etc.
bukan saja2 nak promote family sendiri, tapi aku rasa kaum kerabat aku besar sangat...agak2 kalau kitorg duduk satu kampung, penuh kampung tu dengan sedaramara kitorang je.nanti kalau ada perkembangan ke penguncupan ke boleh cek kat website je. senang.haha.

takdelah.bukan sebab tu aku nak buat website.saja2 je sebenarnya.

aku start kenal dunia blog ni aku tak ingat bila, tapi first time aku dengar pasal blog bila kawan aku, si af (adik ipar mar,hehe)ajak aku tengok blog dia. tapi bila aku bukak masa tu aku ingat blog ni lebih kepada online diary.buat apa kita nak bagi public baca diary kita?pelik gak aku. pastu aku rasa tak minat pun.and then aku tau pasal pakdi punya blog plak, and then hudasoid, abang mar...and sapa2 lagi tah. barula aku bukak mata sikit.oooo...tak semestinya jadi diary je..macam2 kita boleh tulis dalam ni.

masa tu dah ada cita2 dah nak buat weblog sendiri.tapi tengok macam orang lain punya yang aku sebut kat atas tu selalu bawak subjek heavy2. yela..agak serius untuk aku,untuk korang aku taktau la.pastu aku explore dan explore,jumpa macam2 stail blog.and then kawan2 aku pun dah start buat blog masing....sampai akhirnya aku pun start aku punya sendiri.dalam masa yang sama jugak aku explore site kawan2,lawan2,sahabat handai, rakan taulan,teman seperjuangan,dan lain2 ungkapan yang sewaktu dengannya.

perkara yang paling penting masa buat blog,aku rasa ialah jadi diri sendiri.(walaupun aku sendiri rasa macam kadang2 aku terikut gaya orang, subconsciously).sekarang ni aku cuma tulis je apa2 yang aku rasa nak tulis, tapi aku harap sikit demi sikit aku boleh bagi lebih banyak benda yang berfaedah untuk korang and improve lebih banyak.itu harapan aku untuk masa akan datang la.

tenkiu untuk semua yang sudi membaca. tenkiu kpd semua yang ajar aku macam2.

p/s: apahal tajuk atas tu macam bagus je..?

Thursday, May 06, 2004

ZAZA DI SANA SINI

hari ni aku tengok2 blog orang yang aku belum pernah tengok. aku jumpa banyak sangat penulis2 weblog nama zaza. ceh, dulu2 masa kecik2 rasa cam best je nama ni. ingat aku sorang je ada nama macam ni. dalam friendster.com pun ada orang nama zaza.

biasanya nama ni banyak mempengaruhi peribadi seseorang tu. itu sebab agama suruh kita bagi nama anak2 nama yang baik-baik. sebab nama tu akan jadi panggilan untuk dia dan jugak doa untuk orang tu.

oleh itu aku dah linkkan zaza-zaza tersebut kat "LINKS!"ada zaza1, zaza2, nanti aku cari lagi.haha.hmm...nama sama zaza, hati lain-lain.agak-agak sama tak diorang dengan aku?

Sunday, May 02, 2004

MAK AKU MASUK UNIVERSITI

Yaa...mak aku masuk universiti.cayalah.kagum aku dengan mak aku sendiri.dah sebulan lebih dah.2 minggu lepas aku balik rumah tetiba mak aku dengan bangganya mengisytiharkan,

"Mami dah masuk universiti sekarang ni...haa."
"Ha?U mana?amik apa?"
"UM...Mami buat sijil pengajian Al-Quran.karang kalau habis ni boleh buat diploma.pastu sambung buat degree pulak."
Kata mak aku sambil tersenyum lebar.

Waahh...ini sudah kira hebat. tadi mak aku cakap lagi, lepas ni kalau anak2 pun tak belajar, tak boleh la buat alasan lagi. takkan nak kalah dengan mak aku yang dah berumur, bekerja, berkeluarga lagi..hehe.ciss.

Kelas tiap2 hari sabtu, mak aku kena ulang-alik batu pahat-kl tiap2 minggu. berhabis jugakla. gigih sungguh mak aku. nasib baik ayah aku ok. kawan mak aku (diorang 2 orang) pulak kurang dapat sokongan suami dia.hmm..no komen. bulan lapan ni pulak mak aku exam..hwa3.

Mak aku cakap kat adik aku pulak, "Najhan, nanti kalau masuk um, ha..boleh jumpa mami. Mami tunggu kat um." Adik aku senyum je.