Saturday, January 29, 2005

Aku nak skin baru.....

huhu...dah 2-3 hari aku dok survey skin. dah boring aa ngan yg skang ni (hehe..with due respect to the creator). ingat nak cari yang ceria2 sket..ala2 peaceful gitu. banyak memang banyak, tapi tak tau lagi nak amik yang mane. aku tak suka yang banyak scroll sangat. leceh dan rimas. by the way, apsal ngan blogger ni? lambat n problem gila.

ok sambung balik, dalam aku survey2 tu, aku rasa sedikit terganggu bila tengok ada banyak jugak skin yang bertemakan kekecewaan ataupun depression. looks like full of sorrow-contohnya ada words I DON'T CARE IF U KILL ME..hehe teringat lak kat blog sorang kawan,"i don't need u anymore...".

life is hard, yes. i don't mean to offend anybody in particular, but i think most of us, including me, still have this kind of thought or feeling that we are a victim of situation or something like that. kita menjadi begini atau begitu kerana keadaan yang menjadikan kita begitu. cam lirik2 lagu Simple Plan, contohnya. Kalau af, dia tak suka sebab dia kata pathetic.

Seriously, memanglah setiap kita berhak untuk merasa kecewa atau sedih, dan lebih penting lagi kita berhak meluahkan kekecewaan dan kesedihan itu dengan cara yang sesuai, tapi yang aku nak tekankan di sini jangan biarkan kekecewaan dan kesedihan kita menguasai diri kita. jangan jadikan keadaan sebagai alasan untuk mewajarkan kelemahan, kesilapan dan kegagalan kita. jangan jadikan faktor-faktor luaran sebagai lesen untuk kita tak perlu menjadi kuat dalam erti kata yang sebenar.

dalam masa yang sama, aku tak pulak bermaksud kita kena sentiasa berpura-pura tabah dan gembira kat depan orang lain, tapi sebenarnya menangis dalam hati. aku rasa emosi yang sihat adalah emosi yang di'acknowledge' dan dikendalikan dengan baik.

kita kena melatih diri kita menguasai dan mengatasi keadaan. contohnya, kalau kita rasa tak sempat hantar assignment tepat pada masa dan dengan alasan ada 3 atau 4 test atau assignment lain pada hari yang sama, kita kena motivate diri kita "kalau aku boleh prepare untuk semua test tu dengan baik, dan siapkan assignment tu on time dalam masa yang sama, aku memang hebat. "

lama-kelamaan kita akan jadi seorang yang kurang mengeluh ataupun suka komplen, dan dalam masa yang sama jadi lebih praktikal dan produktif.