Friday, September 17, 2004

ROKOK

Berapa orang kat sini yang merokok, angkat tangan?

Dulu ayah aku merokok. lepas kawin mak aku selalu sembunyikan rokok dia. sampai lah dia berhenti sebab tak larat nak beli baru je. Kat sekolah dulu aku pernah tanya kawan lelaki aku dia merokok ke tak. dia kata tak. tak lama lepas tu dia kena tangkap dengan ramai lagi budak sekolah aku yang lain sebab rokok. Abang ipar aku pun merokok. dari zaman dia rock2 dulu, sampai lah dia dah alim sekarang ni, dia masih merokok.

Soalan: Adakah merokok itu suatu yang jahat?

Aku tanya adik aku, dia tak merokok ke? dia kata tak. kawan-kawan takde yang merokok? ade..tapi biasanya diorang merokok sendiri-sendiri.mana ada ajak orang. aku tanya adik-adik sekolah yang aku kenal kat kl ni, ada yang merokok, ada yang tak. tapi kebanyakan yang merokok, kata yang diorang start merokok bukan sebab pengaruh rakan atau apa. tapi perasaan ingin mencuba. Sorang kawan aku kat sekolah, perempuan, dibuang sekolah kira-kira sebulan sebelum PMR sebab didapati menyimpan rokok.

Soalan: Kenapa kalau kita tengok budak-budak sekolah merokok nampak tak elok, malah biasanya akan dihukum, tapi orang dewasa yang merokok pula takde salah apa-apa?bukan ke biasanya orang dewasa yang merokok tu biasanya mula merokok sejak sekolah lagi?

Seorang kawan lelaki cakap, kalau nak cari pakwe, tak payahla cari yang merokok. seorang kawan perempuan pulak tanya, kalau dapat pakwe yang merokok, nak tak? ada kawan lain yang kata taknak. ada yang kata it's no big deal. tak patut kita menghakimi seseorang hanya berdasarkan dia merokok atau tidak. tapi fakta kesihatan menyatakan perokok pasif yang menghidu asap rokok lebih besar risikonya berbanding perokok aktif yang menghisap itu sendiri.

Soalan: Kalau korang lelaki, dan awek/isteri korang suruh berhenti merokok, korang akan berhenti ke tak?

Perokok kata, itu hak saya. Kementerian Kesihatan kata."merokok membahayakan kesihatan. Siti Nurhaliza kata"secara peribadi, Siti tak suka dengan lelaki yang merokok."Ulama2 pula, ada yang kata rokok haram. atas sebab memudaratkan dan tak ada faedah langsung. ada yang kata makruh. ada yang kata harus, sebab setiap benda itu hukum asalnya adalah harus sehingga ada dalil menyatakan sebaliknya.

Kempen "Katakan TAK NAK!" oleh kerajaan yang memakan berjuta-juta ringgit, gagal. nampaknya idea yang mengatakan hanya dengan melihat poster dan iklan orang bergigi hitam akan mendorong orang meninggalkan rokok, terbukti tak berkesan.

2 tahun lepas, jiran depan rumah aku meninggal sebab rokok.

Soalan: Kalau Singapura boleh haramkan chewing gum, kenapa Malaysia tak boleh haramkan rokok? Setelah ditolak kos kempen-kempen antimerokok yang tak pernah berjaya, dan kos perubatan yang sentiasa meningkat di hospital-hospital, berapa bilion lagi keuntungan yang kita dapat dari industri tembakau yang ternyata lebih bernilai daripada kesihatan rakyat?


POTONG TELINGA

Baca Utusan Malaysia. Guru potong telinga 17 anak murid. Sebabnya anak-anak murid dia tak dengar kata. guru sekolah agama pulak tu.waahhh ganas sungguh. aku cakap kat roommate aku, esok kalau kita ada anak, senang lah. "kalau taknak ikut cakap mak, mak potong telinga karang."gila ganas. dan tak berhati perut.

Saturday, September 04, 2004

TUNGGU DAN LIHAT


Bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim akhirnya telah dibebaskan. Tak ada perkara lain yang aku fikirkan sekarang, melainkan dua persoalan sahaja:

1. Adakah ini salah satu strategi Pak Lah untuk menaikkan lagi reputasinya di kalangan rakyat (terutamanya penyokong2 Anwar dan BA), atau memang ini menunjukkan kemenangan sentiasa di pihak yang benar?


2. Apa yang akan Anwar lakukan selepas ini. Bolehkah dia membangkitkan arus perubahan sepertimana yang berlaku selepas pemecatannya? Aku harap kali ini Keadilan betul2 boleh membuktikan yang perjuangan parti itu bukan sahaja untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa sesetengah pihak, tapi untuk keadilan seluruhnya.

Apa-apapun, aku yakin tentu ramai orang yang gembira dan kembali bersemangat dengan pembebasan Anwar. Tak kurang juga yang gentar dan mula berdebar-debar.

Kita tunggu dan lihat.